UAE henti eksport gandum India selama 4 bulan
Amiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan eksport dan eksport semula gandum dari India selama empat bulan berikutan isu aliran perdagangan global.
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pexels
NEW DELHI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan eksport dan eksport semula gandum dari India selama empat bulan berikutan isu aliran perdagangan global.
UAE mengumumkan langkah itu pada Rabu (15 Jun), berkuat kuasa 13 Mei selepas India - pengeksport komoditi kedua terbesar dunia - menghentikan eksport gandum untuk meningkatkan keselamatan makanannya.
Syarikat yang ingin mengeksport gandum dan tepung gandum India yang telah diimport ke negara itu sebelum 13 Mei, perlu mendapat kebenaran kementerian untuk mengeksport semula ke luar UAE, lapor Agensi Berita Nasional WAM.
"Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat ekoran perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan," lapor WAM.
Krisis Rusia-Ukraine menjejaskan sejumlah komoditi perdagangan global termasuk gandum, jagung dan minyak bunga matahari.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.