Twitter kurangkan kakitangan kawal selia kandungan global di pejabat SG, Dublin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Olivier Douliery/AFP)
WASHINGTON: Twitter memberhentikan lebih ramai kakitangan dalam pasukan amanah dan keselamatan yang mengawal selia kandungan global.
Ia melakukan yang sama bagi kakitangan dalam unit yang mengawal selia kandungan berkaitan dengan ucapan kebencian serta gangguan.
Bloomberg melaporkan demikian pada Sabtu (7 Jan) sambil menyatakan sekurang-kurangnya 12 lagi pemberhentian kerja pada sebelah malam Jumaat (6 Jan) menjejaskan kakitangan di pejabat-pejabatnya di Dublin dan Singapura.
Menurut Bloomberg, mereka yang diberhentikan kerja di platform sosial media yang dimiliki Elon Musk itu termasuk Nur Azhar Bin Ayob, pekerja baru yang menggalas jawatan sebagai Ketua Integriti Laman untuk rantau Asia Pasifik.
Seorang lagi ialah Analuisa Dominguez, yang memegang jawatan selaku Pengarah Kanan Dasar Pendapatan Twitter.
Laporan itu menambah kakitangan dalam pasukan-pasukan yang mengendalikan dasar berhubung maklumat salah, rayuan global dan media negara di Twitter juga diberhentikan.
Naib Presiden pasukan amanah dan keselamatan Twitter, Ella Irwin, mengesahkan kepada agensi berita Reuters bahawa Twitter mengurangkan beberapa kakitangan dalam pasukan tersebut pada malam kelmarin tetapi tidak mendedahkan sebarang butiran.
Twitter sudah memberhentikan kira-kira 3,700 pekerja pada awal November dalam langkah Encik Musk untuk menjimatkan kos niaga, manakala beratus-ratus lagi pekerja meletak jawatan.
Syarikat itu juga dikenakan tindakan guaman bulan lalu setelah syarikat media sosial itu didakwa menyasarkan pekerja wanita secara tidak seimbang dalam langkah pemberhentian kerjanya.

Sumber : Reuters/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.