Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Twitter hilang 80% tenaga kerja di bawah Elon Musk

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Bilangan pekerja Twitter sudah berkurangan kira-kira 80 peratus sejak usahawan Elon Musk mengambil alih platform media sosial itu, lapor Sputnik.

Sebelum Encik Musk memuktamadkan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion (S$58 bilion) pada akhir Oktober 2022, syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu mempunyai kira-kira 7,500 pekerja tetapi bilangannya menurun kepada kira-kira 1,300 pekerja.

Twitter kini mempunyai kurang daripada 550 jurutera sepenuh masa serta pasukan petugas keselamatan termasuk kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa.

Syarikat itu juga mempunyai kira-kira 1,400 pekerja tidak bekerja yang masih dibayar gaji di samping hampir 75 daripada 1,300 pekerja syarikat sedang bercuti termasuk 40 jurutera.

Pada Disember lalu, The New York Times melaporkan bahawa Twitter sudahpun berhenti membayar sewa ruang pejabat selama beberapa minggu untuk mengurangkan kos.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan