Twitter hentikan 80 peratus tenaga kerja sejak tahun lalu, dedah Elon Musk
Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk. (Gambar fail: Patrick Pleul/POOL/AFP)
SAN FRANCISCO: Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja, iaitu sekitar 80 peratus tenaga kerjanya sejak akhir tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk dalam temu bual dengan BBC pada Selasa (11 Apr).
Pengurangan tenaga kerja Twitter tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.
Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, lapor Xinhua memetik laporan San Francisco Chronicle.
Syarikat itu mendakwa dalam pemfailan undang-undang baru-baru ini bahawa "Twitter, Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud".
Berdasarkan pemfailan undang-undang, X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian.
Syarikat induknya ialah X Holdings Corp.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.