Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Twitter ambil 10% bayaran langganan kandungan selepas 12 bulan pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter ambil 10% bayaran langganan kandungan selepas 12 bulan pertama

(Gambar fail: OLIVIER DOULIERY/AFP)

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Elon Musk berkata pada Jumaat (28 Feb) bahawa wadah media sosial itu akan mengambil 10 peratus daripada bayaran langganan kandungan yang dikenakan selepas tahun pertama. Langkah itu diambil sedang syarikat tersebut mempertimbangkan untuk meraih keuntungan daripada kandungan di lelamannya dalam usaha bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.

Pada awal bulan ini, pemilik hartawan itu berkata pengguna Twitter akan dapat menawarkan langganan bagi kandungan kepada pengikut mereka, termasuk catatan berbentuk panjang lebar serta video dengan durasi berjam-jam lamanya.

Beliau juga berkata syarikat itu tidak akan mengambil sebarang bayaran bagi 12 bulan pertama pada langganan kandungan.

Encik Musk telah memperkenalkan perubahan di Twitter bagi meningkatkan pendapatan setelah wadah media sosial itu menyaksikan pendapatan pengiklanan merosot tahun lalu, menjelang pemerolehannya pada nilai AS$44 bilion (587 bilion), yang selesai pada Oktober tahun lalu.

Beliau menambah bahawa jumlah yang diperolehi daripada bayaran langganan pada platform iOS dan Android akan dikurangkan kepada 15 peratus pada tahun kedua daripada 30 peratus pada tahun pertama.
 
Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan