Tunggakan kad kredit tidak dibayar di SG cecah paras tertinggi dalam 10 tahun sebanyak S$9.07b
Anggaran Waktu Membaca:
- Tunggakan kad kredit di Singapura yang dibawa ke bulan berikutnya melepasi S$9 bilion pada suku ketiga 2025, mencecah tahap tertinggi sejak akhir 2014.
- Pakar-pakar mengaitkan trend yang membimbangkan itu dengan faktor-faktor seperti pengguna tidak berbelanja mengikut kemampuan mereka, budaya pengguna yang menekankan barangan berprestij, dan akses kredit yang lebih mudah seperti perkhidmatan "beli sekarang, bayar kemudian".
- Rekod jumlah baki yang tertunggak berlaku walaupun bilangan pemegang kad kredit di Singapura kini menurun.
- Ini menunjukkan bahawa kebanyakan peminjam dapat membayar hutang kad kredit mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong - yang juga pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) - dalam jawapan Parlimen pada masa itu.
SINGAPURA: Tunggakan kad kredit di Singapura yang dibawa ke bulan berikutnya melepasi S$9 bilion pada suku ketiga 2025, mencecah tahap tertinggi sejak akhir 2014.
Hutang tertunggak seperti ini kini meningkat secara berterusan sejak suku kedua 2021, apabila baki kad kredit yang belum dibayar berjumlah S$5.19 bilion, menurut angka daripada Jabatan Perangkaan Singapura (Singstat).
Sebarang jumlah pada bil kad kredit yang tidak dibayar sepenuhnya sebelum tarikh akhir akan beralih ke bil berikutnya, dengan faedah dikenakan.
Pakar-pakar mengaitkan trend yang membimbangkan itu dengan faktor-faktor seperti pengguna tidak berbelanja mengikut kemampuan mereka, budaya pengguna yang menekankan barangan berprestij, dan akses kredit yang lebih mudah seperti perkhidmatan "beli sekarang, bayar kemudian".
Seorang penganalisis berkata ini mungkin merupakan petunjuk tekanan kewangan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh rakyat Singapura di tengah-tengah kenaikan harga.
Inflasi teras negara meningkat mendadak kepada 1.2 peratus tahun ke tahun pada Oktober, didorong oleh kenaikan harga dalam perkhidmatan, makanan dan runcit. Kali terakhir inflasi teras melepasi 1 peratus adalah pada Disember tahun lalu, apabila ia mencapai 1.7 peratus.
JUMLAH PEMEGANG KAD KREDIT UTAMA MEROSOT
Rekod jumlah baki yang tertunggak berlaku walaupun bilangan pemegang kad kredit di Singapura kini menurun.
Beberapa pemerhati mengatakan ini mungkin disebabkan oleh purata hutang kad kredit setiap pemegang kad yang semakin meningkat.
Menurut Singstat, terdapat kira-kira 6.1 juta pemegang kad kredit utama pada suku ketiga tahun ini - jumlah terendah sejak suku keempat 2023.
Angka tersebut meningkat secara stabil sejak 2014.
"Dengan tekanan ekonomi (dan) baki tertunggak, ia menjadikan pembayaran balik lebih sukar, jadi kita lihat walaupun terdapat lebih sedikit pemegang kad kredit, (purata hutang) masih meningkat," kata Cik Jean Lee, pengurus pusat kaunseling kewangan Abdullam Life Counselling.
Sekalipun demikian, kadar pemegang kad kredit yang gagal membayar hutang kekal stabil pada paras kurang 1 peratus - di bawah purata sejarah, menurut data yang tersedia pada bulan April.
Ini menunjukkan bahawa kebanyakan peminjam dapat membayar hutang kad kredit mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong - yang juga pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) - dalam jawapan Parlimen pada masa itu.
Beberapa langkah perlindungan dilaksanakan, termasuk peminjam perlu memenuhi keperluan pendapatan tahunan minimum sebanyak S$30,000 untuk layak mendapat kad kredit.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.