Trump turunkan tarif bagi kereta Jepun kepada 15%
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Rumah Putih di Washington, DC, pada 3 Sep 2025. (Gambar fail: REUTERS/Brian Snyder)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah pada Khamis (4 Sep) untuk memotong tarif ke atas kereta import dari Jepun dan produk-produk lain, memuktamadkan perjanjian yang pertama kali diumumkan pada Julai.
Langkah itu bantu meringankan beban terhadap ekonomi Jepun yang sangat bergantung kepada eksport dan mengesahkan pelaburan Jepun sebanyak AS$550 bilion (S$707 bilion) dalam projek-projek Amerika Syarikat.
TARIF LEBIH RENDAH BAGI KENDERAAN DAN BARANGAN
Perintah itu menurunkan tarif ke atas kereta-kereta Jepun daripada 27.5 peratus kepada 15 peratus, berkuat kuasa tujuh hari selepas ia diterbitkan, dengan kadar itu terpakai bagi urus niaga dari 7 Ogos.
Barangan dengan tarif bawah 15 peratus akan diselaraskan kepada 15 peratus, manakala daging lembu dan barangan lain yang sudah dikenakan tarif lebih tinggi tidak akan dikenakan levi tambahan.
Tiada sebarang tarif akan dikenakan terhadap pesawat komersial dan bahagiannya.
Toyota yang mengadu tentang kemungkinan mengalami kesan kos tarif tambahan AS$10 bilion (S$12.8 bilion), berbesar hati dengan rangka kerja itu.
PELABURAN DAN PERTANIAN
Jepun berikrar untuk membeli 100 pesawat Boeing dan meningkatkan perbelanjaan pertahanan dengan firma Amerika kepada AS$17 bilion (S$21.8 bilion) setiap tahun.
Perjanjian itu juga memberi Jepun komitmen untuk meningkatkan import beras Amerika dan barang pertanian bernilai AS$8 bilion (S$10.2 bilion) setahun.
Pakej pelaburan bernilai AS$550 bilion itu akan disalurkan menerusi bank negara Jepun dalam bentuk ekuiti, pinjaman dan jaminan. Memorandum persefahaman tentang butiran perjanjian tersebut ditandatangani pada Khamis.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.