Trump tangguh enam bulan lagi keputusan cukai atas kereta diimport
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan akan menangguhkan selama enam bulan lagi bagi pelaksanaan cukai yang tinggi ke atas kereta yang diimport ke negara itu. Langkah itu dilihat sebagai usaha bagi menambahkan lagi tekanan terhadap Eropah dan Jepun untuk merundingkan konsesi dagangan.

(Gambar: Eduardo Munoz/Reuters)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan akan menangguhkan selama enam bulan lagi bagi pelaksanaan cukai yang tinggi ke atas kereta yang diimport ke negara itu. Langkah itu dilihat sebagai usaha bagi menambahkan lagi tekanan terhadap Eropah dan Jepun untuk merundingkan konsesi dagangan.
Keputusan itu juga sedikit sebanyak memberi kelegaan sementara daripada perang dagangan yang semakin memuncak.
Ancaman Presiden Trump sebelum ini menjejas dengan ketara kegiatan ekonomi sejagat.
Jumlah kenderaan yang dihasilkan, dieksport dan dijual di pasaran antarabangsa mencecah ratusan bilion dolar setiap tahun.
Sementara itu, syarikat Toyota Motor membidas Encik Trump kerana mengisytiharkan sesetengah kenderaan yang diimport mungkin menimbulkan ancaman terhadap keselamatan Amerika.
Menurut syarikat gergasi kereta dari Jepun itu, Amerika memberikan mesej seolah-olah pelaburan asing tidak dialu-alukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.