Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trump rancang levi berasingan bagi produk elektronik yang dikecualikan di tengah perang perdagangan

Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Howard Lutnick, berkata pada Ahad (13 Apr) bahawa telefon bijak, komputer dan beberapa barangan elektronik lain yang baru sahaja dikecualikan daripada tarif tinggi ke atas import dari China akan dikenakan duti baharu secara berasingan, disamping semikonduktor, dalam tempoh dua bulan akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump rancang levi berasingan bagi produk elektronik yang dikecualikan di tengah perang perdagangan

Menurut Encik Lutnick, pentadbiran Encik Trump akan melaksanakan sejenis tarff tumpuan khas ke atas telefon bijak, komputer dan produk elektronik lain dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Diterbitkan : 14 Apr 2025 07:49AM Dikemas Kini : 14 Apr 2025 08:01AM
WASHINGTON: Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Howard Lutnick, berkata pada Ahad (13 Apr) bahawa telefon bijak, komputer dan beberapa barangan elektronik lain yang baru sahaja dikecualikan daripada tarif tinggi ke atas import dari China akan dikenakan duti baharu secara berasingan, disamping semikonduktor, dalam tempoh dua bulan akan datang.

Kenyataan Lutnick dalam rancangan “This Week” terbitan ABC yang memberi isyarat mengenai tarif baharu ke atas produk teknologi kritikal merupakan perkembangan terbaharu dalam rancangan tarif Presiden Donald Trump, yang sudah mengganggu perdagangan global dan menggoncang pasaran kewangan sejak diumumkan, pada hari yang disebutkan sebagai “Hari Pembebasan” pada 2 Apr.

Lewat Jumaat, pentadbiran Encik Trump memberikan pengecualian terhadap tarif timbal balik yang tinggi ke atas telefon bijak dan beberapa barangan elektronik lain — langkah yang memberi kelegaan besar bagi syarikat teknologi seperti Apple dan Dell Technologies yang bergantung kepada import dari China.

Pendekatan Encik Trump yang berubah-ubah terhadap tarif mencetuskan perang dagang dengan China dan mengakibatkan turun naik ketara di Wall Street — yang paling tidak menentu sejak pandemik COVID pada 2020. Indeks penanda aras Standard & Poor’s (S&P) 500 kini merosot lebih 10 peratus sejak Presiden Trump memulakan tugas pada 20 Januari.

Encik Lutnick mengatakan bahawa Encik Trump akan melaksanakan “tarif jenis tumpuan khas” ke atas telefon bijak, komputer dan produk elektronik lain dalam tempoh satu hingga dua bulan, seiring dengan tarif sektor yang menyasarkan semikonduktor dan farmaseutikal. Katanya, tarif baharu itu tidak termasuk dalam kategori tarif timbal balik Encik Trump, di mana tarif ke atas import dari China meningkat kepada 125 peratus minggu ini.

“Beliau kata barangan itu dikecualikan daripada tarif timbal balik, tetapi akan termasuk dalam tarif semikonduktor, yang dijangka dikenakan dalam tempoh sebulan dua,” kata Encik Lutnick dalam wawancara bersama ABC, sambil meramalkan bahawa tarif tersebut akan membawa pengeluaran produk itu kembali ke Amerika Syarikat. “Ini adalah perkara berkaitan keselamatan negara, yang kita perlu hasilkan di Amerika.”

Kenyataan Encik Lutnick itu dilihat melebihi apa yang dimaklumkan pada Sabtu, apabila seorang pegawai Rumah Putih memaklumkan kepada media bahawa Encik Trump akan melancarkan siasatan perdagangan keselamatan negara baharu terhadap semikonduktor dalam masa terdekat, yang mungkin membawa kepada tarif baharu lain.

Dalam pada itu, Beijing pula menaikkan tarif ke atas import dari Amerika Syarikat kepada 125 peratus pada Jumaat, sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan Encik Trump. China menyatakan pada Ahad bahawa ia sedang menilai kesan pengecualian terhadap produk teknologi yang dilaksanakan lewat Jumaat.

“Masalah ini hanya dapat diselesaikan oleh pihak yang memulakannya," kata Kementerian Perdagangan China.

Pelabur jutawan Bill Ackman, yang menyokong pencalonan Encik Trump sebagai presiden, tetapi mengkritik dasar tarifnya, pada Ahad menggesa Encik Trump untuk menghentikan pelaksanaan tarif timbal balik yang meluas dan tinggi terhadap China selama tiga bulan — seperti yang dilakukannya bagi kebanyakan negara lain minggu lalu.

“Jika Presiden Trump menghentikan tarif terhadap China selama 90 hari dan mengurangkannya buat sementara kepada 10 peratus, beliau tetap akan mencapai matlamat untuk menggalakkan syarikat-syarikat Amerika memindahkan rantaian bekalan mereka dari China, tanpa gangguan dan risiko kepada syarikat-syarikat tersebut dalam jangka pendek, dan beliau juga akan mempunyai masa untuk merundingkan perjanjian dengan China,” kata Encik Ackman dalam satu catatan di media sosial X.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan