Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Transformasi digital bagi tingkatkan pertumbuhan sektor maritim S'pura

Sektor maritim Singapura sedang bersiap sedia untuk memanfaatkan transformasi digital bagi merangsang lagi pertumbuhan, kata para karyawan industri itu pada Selasa (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Transformasi digital bagi tingkatkan pertumbuhan sektor maritim S'pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 06:23PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 06:26PM

SINGAPURA: Sektor maritim Singapura sedang bersiap sedia untuk memanfaatkan transformasi digital bagi merangsang lagi pertumbuhan, kata para karyawan industri itu pada Selasa (2 Apr).

Bercakap di luar taklimat media menjelang Minggu Maritim Singapura 2019, ketua eksekutif Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) Quah Ley Hoon berkata pendigitalan adalah kunci kepada pembangunan "ekosistem maritim yang rancak", dengan memanfaatkan teknologi digital baru dalam bidang 'blockchain' dan data raya.

Encik Michael Poon, pengarah eksekutif Persatuan Perkapalan Singapura (SSA) juga menyifatkan pendigitalan sebagai wawasan ke masa depan, sambil menukil contoh transformasi dalam industri-indsutri lain.

Encik Poon menarik perhatian kepada transformasi sektor telekomunikasi dari rangkaian 4G kepada 5G dan bagaimana SME dalam sektor perkapalan setempat sudah melaksanakan proses robotik dalam operasi seharian.

Encik Poon berkata pada masa depan, dron mungkin digunakan untuk menghantar bungkusan kecil seperti perubatan atau dokumen ulang alik dari kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan Singapura.

Selain pendigitalan dan inovasi, Cik Quah menggariskan dua teras lain yang bakal menjadi tumpuan MPA bagi mengembangkan sektor perkapalan setempat.

Pertama adalah untuk terus mempertingkat keterhubungan Singapura.

Teras kedua adalah untuk membangunkan bakat setempat untuk "membina tenaga kerja maritim yang berkemahiran dan bersedia bagi masa depan".

Sektor perkapalan menghadapi beberapa cabaran, termasuk keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta tindakan saling berbalas tarif akibat pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China.

Kawal selia antarabangsa yang lebih ketat juga dijangka boleh menghambat pertumbuhan. Ini termasuk had sulfur oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang akan diperkenalkan pada 2020.

Acara tahunan Minggu Maritim Singapura bakal berlangsung dari 6 hingga 14 April ini. Lebih 40,000 pengunjung dijangka menghadiri acara itu.

Edisi tahun ini dibahagi kepada tiga: isu-isu yang menjejas sektor, daya usaha pendigitalan dengan tumpuan pada syarikat-syarikat pemula, serta pameran-pameran yang memaparkan sejarah dan warisan industri perkapalan Singapura.

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan