Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trafik penumpang Lapangan Terbang Changi naik 7.9% pada Ogos

Lapangan Terbang Changi menguruskan lebih ramai penumpang pada Ogos berbanding setahun lalu, dengan pergerakan penumpang dirangsang oleh pertumbuhan yang dicatatkan oleh semua rantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Trafik penumpang Lapangan Terbang Changi naik 7.9% pada Ogos

Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Francine Lim)

Diterbitkan : 21 Sep 2018 05:19PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 06:09PM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi menguruskan lebih ramai penumpang pada Ogos berbanding setahun lalu, dengan pergerakan penumpang dirangsang oleh pertumbuhan yang dicatatkan oleh semua rantau.

Lapangan terbang tersebut mencatat pergerakan seramai 5.68 juta penumpang pada bulan lalu, peningkatan 7.9 peratus berbanding Ogos 2017, menurut Changi Airport Group dalam kenyataan medianya pada Jumaat (21 Sep).

Jumlah pendaratan dan keberangkatan pesawat meningkat 3.6 peratus kepada 32,890, manakala muatan udara meningkat 1.8 peratus, dengan 184,000 tan muatan.

Eropah mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang terbesar, peningkatan sebanyak 22 peratus. Ia disusuli oleh Asia Selatan, dengan pertumbuhan sebanyak 13 peratus.

Buat julung-julung kalinya tahun ini, trafik antara Singapura dengan Oceania meningkat dua angka (+10 peratus), dengan lebih 570,000 pergerakan penumpang.

Antara 10 pasaran utama Lapangan Terbang Changi, sembilan daripadanya mencatatkan trafik lebih tinggi, dengan Australia dan Filipina meraih peningkatan tertinggi. Dua bandar Australia - Melbourne dan Sydney - dan Manila mencatat pertumbuhan dua angka.

Pada September, Lapangan Terbang Changi menyambut ketibaan SF Airlines, iaitu syarikat penerbangan kargo ekspres yang pertama dari China. Pengendali India, Indigo, turut melancarkan penerbangan antara Singapura dengan Kolkata dan Tiruchirapalli.

Dengan ini jumlah bandar India yang boleh ditembusi dari Lapangan Terbang Changi adalah sebanyak 16 bandar, menurut lapangan terbang itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan