Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trafik Lapangan Terbang Changi bagi Hong Kong merosot 14% pada Ogos

Lapangan Terbang Changi pada Khamis (26 Sep) menyatakan bahawa trafik penumpang ke Hong Kong merosot sebanyak 14 peratus pada bulan Ogos berbanding tempoh yang sama setahun lalu, meskipun banyak rantau mencatat pertumbuhan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trafik Lapangan Terbang Changi bagi Hong Kong merosot 14% pada Ogos

Laluan masuk dewan keberangkatan di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 26 Sep 2019 03:10PM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 03:20PM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi pada Khamis (26 Sep) menyatakan bahawa trafik penumpang ke Hong Kong merosot sebanyak 14 peratus pada bulan Ogos berbanding tempoh yang sama setahun lalu, meskipun banyak rantau mencatat pertumbuhan.

Secara keseluruhannya, lapangan terbang itu menguruskan 5.9 juta pergerakan penumpang pada Ogos, satu peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding setahun lalu.

Meskipun trafik Asia Selatan susut 2 peratus, trafik Timur Laut Asia mencatatkan peningkatan sebanyak 5 peratus, dengan China (naik 8 peratus), Jepun (naik 14 peratus) dan Korea Selatan (naik 19 peratus) meraih pertumbuhan dari tahun ke tahun - dengan Korea Selatan meraih manfaat daripada laluan Busan, menurut lapangan terbang itu dalam kenyataan medianya.

Antara 10 destinasi utama Changi adalah Bali (Denpasar), Shanghai dan Tokyo yang mencatat pertumbuhan dua angka.

Pergerakan pesawat merosot 1.6 peratus kepada 32,400 pendaratan dan keberangkatan, manakala muatan udara merosot 8 peratus kepada 169,000 tan, berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Trafik penumpang yang merosot pada Ogos berlaku menyusuli bantahan ganas selama beberapa minggu di Hong Kong, dengan syarikat-syarikat penerbangan melaporkan permintaan pelancong yang menjunam dengan ketara.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan