Skip to main content

Kewangan

Toyota tangguh pengeluaran kenderaan elektrik untuk pasaran Amerika hingga 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Toyota tangguh pengeluaran kenderaan elektrik untuk pasaran Amerika hingga 2026

(Gambar fail: Yuichi YAMAZAKI / AFP)

KENTUCKY: Toyota Motor akan menangguhkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilangnya di Kentucky, Amerika Syarikat kepada separuh pertama 2026, sambil menukil penyesuaian pada reka bentuk dan penjualan yang hambar, lapor akhbar Nikkei pada Khamis (3 Okt).

"Toyota baru-baru ini memberitahu para pembekal bahawa tarikh mula kini akan ditangguhkan selama beberapa bulan," lapor Nikkei Asia.

Sumber sebelum ini memberitahu Reuters bahawa gangguan bekalan dan isu tadbir urus telah mendorong gergasi pengilangan Jepun itu menangguhkan tarikh mula pengeluaran EV di Amerika selama enam bulan kepada sekitar Jun 2026.

Pembuat kereta itu juga akan membatalkan rancangannya untuk mengeluarkan SUV elektrik baharu di bawah jenama Lexus di Amerika Utara menjelang 2030, sebaliknya memilih untuk mengeksport kenderaan siap ke pasaran Amerika dari Jepun, tambah akhbar itu.

Toyota pada Februari lalu melabur AS$1.3 bilion bagi kemudahannya di Kentucky untuk usaha elektrifikasi, termasuk pemasangan SUV elektrik bateri tiga baris baharu untuk pasaran Amerika.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita