Toyota akan satukan tapak pengeluaran Lexus di Amerika
Gambar logo Toyota pada 28 Julai 2025. (Gambar: REUTERS)
TOKYO: Toyota Motor akan menyatukan pengeluaran kereta mewah berjenama Lexus di Amerika Syarikat ke satu lokasi berbanding dua lokasi sebelum ini, berikutan tarif tinggi yang dikenakan oleh pentadbiran Trump, lapor Nikkei pada Selasa (9 Sep).
Menurut laporan itu, langkah tersebut bertujuan mengukuhkan pengeluaran kenderaan hibrid petrol-elektrik di Amerika Syarikat serta memindahkan sebahagian pengeluaran kereta Lexus mewah ke Jepun.
Toyota kini membuat kereta jenis sedan Lexus ES di sebuah kilang di negeri Kentucky dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus TX di sebuah tapak di Indiana.
Selepas penggabungan itu, Toyota akan menghentikan pengeluaran kereta Lexus di kilang Kentucky itu, menurut Nikkei.
Jurucakap Toyota tidak dapat dihubungi untuk mengulas laporan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.