Toyota, 2 rakan kongsi mula jual van elektrik jelang Mac 2024
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CHARLY TRIBALLEAU/AFP)
TOKYO: Toyota dan dua syarikat pembuat kereta sekutunya mempamerkan sebuah van elektrik bersaiz kecil yang disasarkan bagi industri penghantaran di Jepun.
Kenderaan itu didedahkan di luar sidang puncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima pada Khamis (18 Mei).
Van komersil berkenaan akan beroperasi dengan menggunakan sistem kenderaan bateri elektrik (BEV) yang dibangunkan bersama oleh Toyota, dengan pakar kenderaan kecil Daihatsu dan Suzuki Motor Corp, menurut syarikat-syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.
Van tersebut, yang akan dihasilkan dengan versi jenama Toyota, Daihatsu dan Suzuki. Ia dijangka dapat meliputi jarak perjalanan sejauh 200 kilometer (km) bagi setiap cas dan akan dikeluarkan sebelum hujung tahun kewangan sekarang, yang berakhir pada 31 Mac 2024.
Daihatsu, yang menjadi anak syarikat Toyota pada 2016, akan menghasilkan kenderaan itu, tambah kenyataan tersebut.
Van berkenaan akan diklasifikasikan sebagai kenderaan "kei", iaitu kenderaan domestik berkuasa rendah dengan cukai rendah.
Kenderaan kei mikro sangat popular dalam kalangan perniagaan dan isi rumah bagi menghantar hasil pertanian, bungkusan dan barangan lain di kawasan bandar dan di luar bandar Jepun, disebabkan harganya yang agak murah.
Model kei membentuk 40 peratus daripada 78.8 juta kenderaan beroda empat yang dimiliki di Jepun pada akhir bulan Februari, dedah data terbaru kementerian pengangkutan.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.