Tourism Pahang gesa agensi wisata perkenal lebih banyak pakej sukan luncur ombak
Agensi pelancongan di Pahang digesa menghasilkan lebih banyak pakej berkaitan sukan luncur ombak bagi menarik peminat aktiviti tersebut supaya menjadikan negeri itu sebagai destinasi pilihan.
KUANTAN: Agensi pelancongan di Pahang digesa menghasilkan lebih banyak pakej berkaitan sukan luncur ombak bagi menarik peminat aktiviti tersebut supaya menjadikan negeri itu sebagai destinasi pilihan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Encik Mohd Sharkar Shamsudin, berkata pakej itu juga membuka peluang kepada lebih banyak lokasi luncur ombak untuk dikenali.
"Sukan luncur ombak telah bertapak sejak tahun 1990-an di Malaysia terutama di Cherating. Tourism Pahang telah melakukan pelbagai usaha untuk memajukan sukan ini dengan menganjurkan pesta dan pertandingan sukan luncur ombak di peringkat tempatan dan antarabangsa.
"Usaha ini juga membantu melonjakkan Cherating sebagai lokasi popular kepada peluncur dari jauh dan dekat," katanya dalam ucapan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Festival Luncur Ombak Cherating 2022 di Kuantan pada Ahad (6 Feb).
Encik Mohd Sharkar berkata sukan luncur ombak juga merupakan inisiatif bijak untuk membangunkan semula sektor pelancongan dan menjana ekonomi penduduk setempat di lokasi popular sukan itu selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.
Beliau berkata ia merupakan acara pertama anjuran Kelab Luncur Ombak Cherating dan yang ketiga dalam kalendar pelancongan Pahang selepas pelancaran tema baru iaitu This Is Pahang 2022 - Unlimited pada 17 Januari lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.