Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tigerair gulung tikar angkara krisis COVID-19

Syarikat penerbangan tambang rendah Australia, Tigerair, mengumumkan penutupan rasmi kerana tekanan yang dihadapi syarikat tersebut disebabkan oleh COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tigerair gulung tikar angkara krisis COVID-19

(Gambar fail: Tigerair Australia/Facebook)

Diterbitkan : 11 Sep 2020 06:02PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 06:06PM

SYDNEY: Syarikat penerbangan tambang rendah Australia, Tigerair, mengumumkan penutupan rasmi kerana tekanan yang dihadapi syarikat tersebut disebabkan oleh COVID-19.

Dalam kiriman emel yang dihantar kepada pelanggannya pada Khamis malam (10 Sep), Tigerair mengesahkan penutupannya dan mencadangkan mereka yang masih mempunyai tiket yang sah menukarnya menjadi kredit perjalanan untuk penerbangan kendalian syarikat induk, Virgin Australia.

"Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah masa yang sukar buat semua terlibat dalam industri pengembaraan dan pelancongan," menurut kenyataan itu.

"Dukacita, setelah hampir 13 tahun beroperasi, satu keputusan sukar terpaksa kami ambil iaitu menamatkan perkhidmatan jenama Tigerair Australia."

Tigerair memulakan penerbangan pertamanya di Australia pada 2007 dan mencatat keuntungan sejak awal 2010 setelah menawarkan penerbangan tambang rendah di laluan domestik yang popular. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Virgin Australia pada 2014.

Walaupun berjaya memperoleh kejayaan awal dalam operasi hampir 13 tahun, Tigerair dan syarikat induknya Virgin Australia terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.

Kedua-dua syarikat terpaksa mengambil langkah melantik pentadbir untuk menyelamatkan syarikat menerusi penyusunan semula aset dan liabiliti.

Virgin Australia dibeli oleh firma Amerika Syarikat, Bain Capital menerusi perjanjian yang dijangka dimuktamadkan pada hujung Oktober. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan