Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tidak ramai pengunjung ke Pelabuhan Perikanan Jurong pada hari pertama pembukaan semula

Keadaan sepi di Pelabuhan Perikanan Jurong pada pagi tadi (3 Ogos), setelah aktiviti borong dan pemunggahan disambung semula selepas ditutup selama dua minggu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2021 02:02PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 09:43PM

SINGAPURA: Keadaan sepi di Pelabuhan Perikanan Jurong pada pagi tadi (3 Ogos), setelah aktiviti borong dan pemunggahan disambung semula selepas ditutup selama dua minggu.

Hanya separuh daripada pelanggan yang mengunjungi pelabuhan itu kembali ke tempat sana pagi tadi, kata para pegerai kepada Mediacorp.

Encik Jason Lim yang memiliki empat gerai di Pelabuhan Perikanan Jurong berkata para pelanggan mengunjungi pelabuhan itu sepanjang pagi tadi namun dalam jumlah lebih kecil.

"Ia masih dapat dikawal, dari segi jumlah pelanggan, namun (jika ia berterusan) selama beberapa hari, ia sukar (untuk kami)," kata Encik Lim.

Meskipun aktiviti pelabuhan disambung semula, tidak semua gerai beroperasi semula hari ini.

Encik Lim menganggarkan hanya 30 hingga 35 peratus daripada pekerja dan penyewa kembali ke pelabuhan itu.

Beberapa pegerai yang ditemui Mediacorp berkata mereka masih dikuarantin kerana diuji positif bagi COVID-19 pada bulan lalu.

"Kami sedang menunggu Kementerian Kesihatan memberikan lebih banyak butiran untuk membolehkan kami keluar, jadi setakat ini, banyak perkara yang masih tidak diketahui," kata salah seorang penyewa yang enggan namanya didedahkan.

"Kami juga tidak boleh buka gerai kerana kebanyakan daripada pekerja kami juga sedang menjalani kuarantin," menurut penyewa itu.

Pelabuhan itu ditutup sejak 17 Julai, setelah MOH mengumumkan tujuh kes COVID-19 berhubung kait kelompok baru iaitu Pelabuhan Perikanan Jurong/Pusat Makanan dan Pasar Hong Lim sehari sebelumnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan