Thomson Reuters akan potong 'sebilangan kecil' jawatan kejuruteraan
Anggaran Waktu Membaca:
Logo Thomson Reuters. (Gambar: REUTERS/Jeenah Moon)
AMERIKA SYARIKAT: Thomson Reuters pada Isnin (13 Jul) menyatakan bahawa ia akan memotong "sebilangan kecil jawatan" dalam bidang kejuruteraan. Langkah ini diambil sedang syarikat kandungan dan teknologi dari Kanada itu sedang giat menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi seluruh perniagaannya.
Pemberhentian pekerja ini melibatkan kakitangan global dan diumumkan dalam satu mesyuarat melibatkan kakitangan teknologi pada awal hari tersebut, menurut seorang pekerja yang menghadiri mesyuarat itu. Pekerja tersebut meminta identitinya tidak didedahkan kerana mesyuarat itu diadakan secara tertutup.
Thomson Reuters merancang untuk mengurangkan sehingga 500 pekerjaan, menurut pekerja tersebut. Jumlah itu merangkumi kira-kira 1.8 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang berjumlah sekitar 27,100 orang, berdasarkan kiraan Reuters yang merujuk kepada laporan tahunan syarikat itu bagi tahun 2025.
Pemberhentian pekerja ini melibatkan kira-kira 5.2 peratus daripada 9,400 pekerja dalam unit operasi dan teknologi syarikat tersebut.
Pengurangan pekerja ini adalah yang terbaharu dalam gelombang pemotongan pekerjaan bagi seluruh sektor teknologi. Sektor ini terkesan oleh peralatan kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan penulisan kod komputer lebih cekap, sekali gus menjadikan jurutera perisian kumpulan pertama yang merasakan impak ekonomi daripada teknologi baharu ini.
Secara keseluruhannya, kira-kira 120,000 pekerja teknologi sudah kehilangan pekerjaan mereka di 228 buah syarikat termasuk gergasi teknologi seperti Meta dan Amazon pada 2026, menurut laman pemantau pekerjaan, layoffs.fyi.
"Dengan jangkaan pelanggan dalam bidang undang-undang, cukai, dan kawal selia semakin berkembang, kami memfokuskan keupayaan kami kepada perkara yang paling penting bagi pelanggan," kata seorang jurucakap Thomson Reuters.
"Kami sedang membantu rakan sekerja yang terjejas sepanjang tempoh peralihan ini. Pada masa yang sama, kami menyasarkan untuk mengambil lebih daripada 250 pekerja baharu dalam bidang kejuruteraan di peringkat global dalam tempoh dua tahun akan datang, di mana sebahagian besarnya adalah jawatan kanan dan pakar AI," tambah jurucakap tersebut.
Thomson Reuters ialah syarikat induk kepada Reuters News.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.