Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Thailand, Vietnam kerjasama naikkan harga beras dalam pasaran global

Thailand dan Vietnam sudah bersetuju untuk bekerjasama bagi menaikkan harga beras buat pasaran global, menurut seorang pegawai pertanian Thailand pada Isnin (20 Ogos), lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand, Vietnam kerjasama naikkan harga beras dalam pasaran global

Petani Thailand menuai padi di sawah di wilayah Ayutthaya. (Gambar: Romeo GACAD / AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 06:18PM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 06:18PM
BANGKOK: Thailand dan Vietnam sudah bersetuju untuk bekerjasama bagi menaikkan harga beras buat pasaran global, menurut seorang pegawai pertanian Thailand pada Isnin (20 Ogos), lapor Reuters.

Persetujuan itu dicapai setelah perbincangan selama berbulan-bulan, yang sebahagiannya bertujuan untuk menambah baik pendapatan masyarakat luar bandar.

“Ini adalah...kali pertama Thailand dan Vietnam... bersetuju untuk bekerjasama bagi menaikkan harga beras bagi pasaran global," kata Alongkorn Ponlaboot, penasihat kepada menteri pertanian dan kerjasama Thailand, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas rundingan yang baru bersama para pegawai Vietnam.

Perbincangan antara Thailand dengan Vietnam bermula sejak Mei. Menurut para pegawai Thailand, ketika itu, matlamatnya adalah untuk menaikkan harga eksport beras masing-masing, meningkatkan kehadiran mereka di pasaran sejagat dan juga pendapatan petani.

Kedua-dua negara itu menyumbang sekitar 10 peratus daripada pengeluaran sejagat bagi beras kasar dan membentuk kira-kira 26 peratus eksport global, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Ia bagaimanapun belum jelas bila sebarang kenaikan harga tersebut akan mula berkuat kuasa.

Encik Alongkorn berkata ringkasan mengenai pusingan perbincangan terkini itu serta saranannya untuk sama-sama menaikkan harga beras akan dibentangkan kepada menteri pertanian kedua-dua negara pada satu tarikh yang belum ditentukan.

“Adakah matlamat itu akan dicapai atau tidak? Saya tiada jawapannya. Namun hari ini, kami sudah mengambil langkah pertama kami bersama-sama sebagai rakan kongsi strategik dalam pertanian," jelas Encik Alongkorn.

Persatuan Makanan Vietnam dan Kementerian Pembangunan Pertanian dan Luar Bandar Vietnam tidak memberikan respons apabila Reuters meminta ulasannya berhubung perkara tersebut.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa