Thailand bakal bincang isu tarif dengan Amerika pada 21 Apr

Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Thailand yang baru dilantik, Pichai Chunhavajira. di mesyuarat Kabinet di Dewan Kerajaan Thailand di Bangkok pada 7 Mei 2024. (Gambar fail: REUTERS/Chalinee Thirasupa)
Sebuah pasukan yang diketuai oleh Menteri Kewangan Pichai Chunhavajira akan berangkat ke Amerika pada Khamis (17 Apr) untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan-kumpulan sektor swasta.
Menteri Perdagangan Pichai Naripthaphan akan menyertai delegasi itu kemudian, kata jurucakap Jirayu Houngsub.
Delegasi Thailand menjangka akan bertemu dengan wakil-wakil pemerintah Amerika pada Isnin, 21 April, tambahnya.
Thailand berdepan tarif 36 peratus di bawah langkah-langkah perdagangan Presiden Trump, dan berharap untuk menggunakan tempoh rehat 90 hari ke atas levi tersebut untuk menyediakan respons.
Amerika Syarikat merupakan pasaran eksport terbesar Thailand tahun lalu, dengan penghantaran bernilai AS$55 bilion (S$72.2 bilion).
Washington telah pun meletakkan defisit perdagangan dua hala dengan Thailand pada AS$45.6 bilion (S$59.9 bilion).
Strategi Thailand akan memberi tumpuan kepada industri-industri di mana Amerika dan Thailand berkongsi kepentingan, seperti makanan haiwan peliharaan, membuka pasaran, dan meningkatkan import Amerika, kata Encik Jirayu.
Beliau turut berkata bahawa pemeriksaan lebih ketat akan dilaksanakan bagi memastikan negara lain tidak mempergunakan Thailand untuk mengelak cukai yang dikenakan oleh Amerika.
Pegawai Thailand sebelum ini menyatakan bahawa ia akan meningkatkan import Amerika Syarikat, mengurangkan tarif ke atas jagung dan meningkatkan pelaburan bersama di Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.