Skip to main content

Kewangan

Tesla tarik balik 2 juta kenderaan di Amerika atas isu keselamatan 'autopilot'

Anggaran Waktu Membaca:
Tesla tarik balik 2 juta kenderaan di Amerika atas isu keselamatan 'autopilot'

Gambar: AP

Diterbitkan : 14 Dec 2023 10:54AM Dikemas Kini : 14 Dec 2023 10:56AM
WASHINGTON: Tesla memanggil semula lebih 2 juta kenderaan elektriknya di Amerika Syarikat untuk memasang perlindungan baharu bagi sistem kawalan pandu automatik (autopilot).

Ia berikutan kebimbangan daripada Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) tentang kemungkinan penyalahgunaan keselamatan.

NHTSA, setelah menyiasat Tesla selama lebih dua tahun, mempersoalkan sama ada sistem itu memastikan penglibatan pemandu secukupnya.

Dalam pada itu Tesla mengakui dalam pemfailan bahawa kawalan 'autopilot' semasa "mungkin tidak mencukupi untuk mencegah penyalahgunaan pemandu" yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan.

Untuk menangani kebimbangan itu, Tesla bersedia untuk menggunakan perisian 'over-the-air' untuk "menggabungkan kawalan dan amaran tambahan" dalam kenderaan yang terjejas.

Hasratnya adalah untuk mengukuhkan ciri 'autosteer', yang dinikmati pemandunya ketika ini.

Tesla bagaimanapun tidak mengulas sama ada penarikan semula itu akan dilakukan di luar AS.
 
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita