Skip to main content

Kewangan

Tesla tarik balik 13,000 kenderaan elektrik susuli masalah bateri

Anggaran Waktu Membaca:
Tesla tarik balik 13,000 kenderaan elektrik susuli masalah bateri

Pelancaran rasmi Tesla akan berlangsung pada 10 April 2025 di Riyadh. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Oct 2025 07:24AM Dikemas Kini : 23 Oct 2025 07:25AM
ISTANBUL: Gergasi kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat Tesla menarik balik kira-kira 13,000 kenderaan Model 3 dan Model Y 2026 disebabkan masalah pada komponen pek bateri, umum Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) pada Rabu (22 Okt), lapor Anadolu Ajansi.

"Tesla, Inc. (Tesla) memanggil semula kenderaan Model 3 2025 dan Model Y 2026 tertentu. Penyentuh pek bateri mungkin gagal berfungsi, menyebabkan kehilangan kuasa pemanduan," menurut NHTSA dalam satu kenyataan.

NHTSA memberi amaran bahawa kegagalan penyentuh pek bateri dan kehilangan kuasa yang berpunca daripada masalah itu boleh meningkatkan risiko berlaku kemalangan.

Menurut kenyataan itu, hampir 13,000 kenderaan berpotensi terjejas akibat tindakan itu.

Ia menambah bahawa Tesla akan menggantikan penyentuh itu secara percuma dan surat pemberitahuan dijangka akan dihantar kepada pemilik kenderaan pada 9 Disember.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita