Tesla jual jumlah rekod 1.3 juta kenderaan tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Orlin Wagner)
AUSTIN: Tesla menyatakan pada Isnin (2 Jan) bahawa syarikatnya sudah menjual jumlah rekod 1.3 juta kenderaan tahun lalu.
Namun, perangkaan tersebut kurang daripada sasaran yang diletakkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dalam usahanya untuk meningkatkan penjualan syarikat tersebut sebanyak 50 peratus hampir setiap tahun.
Angka yang dicatat pada 2022 melebihi angka rekod yang dicatat sebelum ini iaitu 936,000 kenderaan yang dihantar pada 2021. Ia bagaimanapun kurang 1.4 juta kenderaan yang diperlukan untuk memenuhi sasaran pertumbuhan syarikat tersebut iaitu sebanyak 50 peratus.
Jualan meningkat 40 peratus dari tahun ke tahun, manakala pengeluaran naik 47 peratus kepada 1.37 juta.
Syarikat tersebut gagal untuk memenuhi sasaran meskipun terdapat dorongan bagi jualan akhir tahun utama yang mana ia melibatkan potongan harga sebanyak AS$7,500 (S$10 ribu) yang jarang ditawarkan di Amerika Syarikat bagi Model Y dan 3, iaitu model syarikat tersebut yang terlaris dijual.
Syarikat Tesla Inc., yang berpangkalan di Austin, Texas, juga terpaksa menangani kenaikan kes koronavirus di China, yang sekali gus mengurangkan pengeluaran kenderaan di kilangnya di Shanghai.

Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.