Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tesla berhentikan pengurus negara di S'pura; sebahagian pengurangan tenaga kerja sejagat

Tesla Singapore memberhentikan pengurus negaranya sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 10 peratus tenaga kerja sejagatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tesla Singapore memberhentikan pengurus negaranya sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 10 peratus tenaga kerja sejagatnya.

Langkah itu dibuat selepas Ketua Eksekutif syarikat tersebut Elon Musk memberi amaran minggu lalu tentang kemelesetan ekonomi yang bakal berlaku.

Dalam satu catatan di laman rangkaian karyawan LinkedIn pada Ahad (12 Jun), Encik Christopher Bousigues mendedahkan peranannya selaku pengurus negara Tesla di Singapura ditamatkan sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan tenaga kerja, berkuat kuasa Ahad.

“Saya bangga telah menjadi pengurus negara pertama syarikat ini di Asia Tenggara dan membangunkan perniagaan di Singapura," tulis Encik Bousigues dalam catatannya.

Encik Bousigues menggalas jawatan itu sekitar setahun selepas berpindah ke Singapura pada Jun 2021.

Sejak beberapa minggu lalu, Encik Musk berkata beliau mempunyai "perasaan amat buruk" tentang ekonomi sambil meluahkan kebimbangan berhubung risiko kemelesetan ekonomi.

Dalam emelnya yang dilaporkan Reuters, beliau juga berkata Tesla mempunyai "kakitangan berlebihan di banyak bidang".

Mediacorp sudahpun menghubungi Tesla berkenaan skala pengurangan pekerjaan di Singapura serta peranan-peranan di Singapura yang terjejas oleh pengurangan tenaga kerja itu.

Tanpa menukil mana-mana sumber, The Straits Times melaporkan jawatan pengurus negara Singapura tidak akan diisi dan operasi Tesla di Singapura akan diuruskan pejabat di Hong Kong.
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan