Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Terminal 1 Lapangan Terbang Dubai sambung semula operasi minggu ini

Pengendali lapangan terbang Dubai pada Ahad (20 Jun) mengumumkan ia akan membuka semula Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Khamis setelah ditutup selama 15 bulan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Terminal 1 Lapangan Terbang Dubai sambung semula operasi minggu ini

Gambar fail Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE dipetik pada 27 Apr 2020 (Gambar: REUTERS/Ahmed Jadallah)

Diterbitkan : 20 Jun 2021 07:42PM Dikemas Kini : 20 Jun 2021 07:50PM

DUBAI: Pengendali lapangan terbang Dubai pada Ahad (20 Jun) mengumumkan ia akan membuka semula Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Khamis setelah ditutup selama 15 bulan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Lebih 40 syarikat penerbangan antarabangsa kini secara beransur-ansur akan mengalihkan operasi masing-masing ke terminal yang dibuka semula itu, yang merupakan kemudahan utama lapangan terbang untuk syarikat-syarikat penerbangan asing, dari tTerminal 2 dan 3, menurutnya.

Terminal 1, di mana terletaknya Concourse D lapangan terbang berkenaan, mempunyai kapasiti tahunan seramai 18 juta penumpang. Lapangan terbang tersebut, yang merupakan sebuah hab transit antarabangsa, berupaya menampung sehingga 100 juta penumpang setiap tahun.

Pengumuman itu dibuat setelah kerajaan Dubai pada Sabtu mengumumkan ia sudah menarik balik sekatan perjalanan ke atas para penumpang yang berada di Nigeria atau Afrika Selatan dalam tempoh 14 hari lalu dan penerbangan langsung dari sana juga akan disambung semula mulai Rabu.

Penerbangan-penerbangan dari India juga mungkin akan disambung semula dan warga India yang memegang visa penduduk Amiriah Arab Bersatu (UAE) boleh memasuki negara itu jika mereka sudah menerima dua dos vaksin koronavirus yang diluluskan oleh UAE.

Bagaimanapun, larangan ke atas bukan penduduk yang mengunjungi India sejak dua minggu lalu akan terus dikuatkuasakan.

Dubai mewajibkan semua penumpang disahkan negatif COVID-19 sebelum dibenarkan melakukan perjalanan ke hab pelancongan Timur Tengah itu yang dibuka semula kepada pelawat asing pada Julai lalu. Penumpang juga biasanya akan diuji sebaik tiba di negara itu.

Para pelawat dari India perlu dikuarantin di tempat yang dikhaskan sehingga mereka menerima hasil ujian mereka, yang dijangkakan dalam masa sehari, menurut pejabat media Dubai.

Sumber : Reuters/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan