Tender bagi tapak tanah Canberra Drive diberi kepada 2 syarikat
Dua tender bagi bidang-bidang tanah di Canberra Drive sudahpun diberikan kepada dua syarikat - Oasis Development dan konsortium yang diterajui syarikat UOL.
SINGAPURA: Dua tender bagi bidang-bidang tanah di Canberra Drive sudahpun diberikan kepada dua syarikat - Oasis Development dan konsortium yang diterajui syarikat UOL.
Oasis Development membayar sekitar S$129 juta bagi bidang tanah yang boleh dibangunkan untuk membina sekitar 220 unit rumah.
Konsortium diterajui UOL pula membayar lebih S$270 juta untuk mendapatkan bidang tanah kedua yang boleh menghasilkan lebih 450 unit rumah.
Para pakar berkata nilai bidaan-bidaan itu dalam jangkaan di tengah-tengah ramalan ekonomi yang hambar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.