Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tender akan dibuka bagi jualan 'en bloc' Eunos Mansion

Satu lagi hartanah kediaman ditawarkan bagi penjualan secara kelompok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jan 2018 09:53PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 12:11AM

SINGAPURA: Satu lagi hartanah kediaman ditawarkan bagi penjualan secara kelompok.

Eunos Mansion yang terletak sepanjang Bedok Reservoir Road dan Jalan Eunos, terdiri daripada bangunan 11-tingkat yang dibina pada pertengahan 1980-an dan mempunyai 107 unit kediaman.

Tapak itu akan dijual pada harga bermula S$218 juta atau S$1,219 bagi setiap kaki persegi.

Tapak tersebut boleh dibangunkan semula untuk menempatkan 165 unit kediaman, berdasarkan anggaran saiz purata 100 meter persegi bagi setiap unit.

Ejen pemasaran Cushman & Wakefield sudah mendapatkan mandat 80% untuk melancarkan tender terbuka bagi tapak tersebut.

Proses tender ditutup pada 7 Mac, 3.00 petang.  

Sumber : CNA/TQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan