Skip to main content

Kewangan

Tempat letak kereta People's Park Complex ditawar dijual pada harga S$42 juta

Sebuah tempat letak kereta bertingkat di People's Park Complex ditawarkan untuk dijual melalui tender awam pada Selasa (22 Jun) dengan harga panduan S$42 juta - bersamaan dengan S$57,000 bagi setiap lot letak kereta.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempat letak kereta People's Park Complex ditawar dijual pada harga S$42 juta

Gambar: Brilliance Capital

Diterbitkan : 22 Jun 2021 02:19PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 02:22PM

SINGAPURA: Sebuah tempat letak kereta bertingkat di People's Park Complex ditawarkan untuk dijual melalui tender awam pada Selasa (22 Jun) dengan harga panduan S$42 juta - bersamaan dengan S$57,000 bagi setiap lot letak kereta.

Tempat letak kereta, di tingkat tiga hingga enam di bangunan komersil dan kediaman setinggi 31 tingkat di Chinatown itu, merangkumi 648 tempat letak kereta, 56 lot motosikal dan sebuah unit restoran di tingkat paling atas.

Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 182,340 kaki persegi, termasuk restoran yang seluas 2,809 kaki persegi.

Ejen pemasaran Brilliance Capital berkata harga S$42 juta boleh diterjemahkan kepada sekitar S$208 bagi setiap kaki persegi (psf) untuk tempat letak kereta dan S$1,673 psf bagi unit restoran.

"Harga yang dtetapkan itu menarik", kata ejen tersebut, merujuk kepada dua penjualan tempat letak kereta lain di Pusat Beli Belah Holland Road dan Parklane pada tahun lalu yang masing-masing dijual dengan harga lebih S$360,000 dan S$70,000 bagi setiap lot.

People's Park Complex ditetapkan sebagai zon komersil, bermakna ia boleh dibeli oleh pembeli tempatan dan asing tanpa perlu membayar cukai setem pembeli atau cukai setem penjual.

"Oleh kerana tempat letak kenderaan tidak lagi dibenarkan hak milik strata berasingan, kemudahan ini pasti menjadi salah satu kelas aset yang paling menarik permintaan, tetapi jarang ada untuk dijual," kata pengarah eksekutif Brilliance Capital, Sammi Lim.

Menurutnya, bakal pembeli juga dapat segera menikmati jaminan pendapatan daripada unit restoran.

Dengan pihak berkuasa mengehadkan jumlah tempat letak kereta dalam projek pembangunan baru, bangunan sedia ada dengan tempat letak kenderaan yang luas mempunyai kelebihan daya saing, tambahnya.

"Disebabkan tempat letak kereta terhad dan kos meletak kenderaan yang tinggi di kawasan pusat perniagaan di Raffles Place dan Marina Bay, tempat letak kereta People's Park Complex menjadi salah satu kemudahan yang menarik ramai pemandu memanfaatkan skim letak kenderaan dan naik pengangkutan awam ke pejabat mereka," katanya.

Tender akan ditutup pada 29 Julai, pukul 3 petang. 

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita