Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tempahan kuih buat Tahun Baru Cina naik 50% - trend tempah kuih untuk dijadikan hadiah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini, para peniaga kuih-muih dari rumah (HBB) yang BERITAmediacorp temui menyaksikan peningkatan sehingga 50 peratus dari segi jumlah tempahan berbanding tahun lalu.

Para pemilik HBB ini juga mendapati satu trend dalam kalangan pelanggan yang kini lebih memilih untuk membeli kuih dalam bungkusan-bungkusan lebih kecil dan menarik untuk diberikan sebagai hadiah.

Ini termasuk Cik Ruzitah Rugiman yang memulakan perniagaan dari rumahnya sejak 2009.

hbb seller

Seawal minggu ketiga bulan Disember 2021 lagi, pemilik Beaute Tarts itu sudah mula menerima tempahan kuih tart untuk Tahun Baru Cina.

Malah dalam masa dua hari sahaja, sebanyak 50 set tart yang dibungkus dalam bentuk hadiah habis ditempah.

TREND HADIAHKAN BUNGKUSAN KUIH UNTUK RAKAN DAN KELUARGA

Ini satu trend yang diperhatikan pemilik Beaute Tarts ini - kuih-muih yang dibungkus dalam bentuk set hadiah lebih laris waktu COVID-19 kini, berbanding botol-botol besar.

kuih cookies cny


"Pelanggan-pelanggan ini suka menghadiahkan tart-tart nenas dan Nutella kepada rakan mereka, rakan kerja mereka dan jiran-jiran mereka," kongsi Cik Ruzitah.

"Istimewanya, yang 'trending' bagi saya sekarang ini ialah cara bungkusan tart kita dalam kotak. Sekarang saya rasa banyak juga para peniaga HBB dan pembuat kuih lain yang sudah mengadakan bungkusan yang sangat menarik," tambah beliau lagi.

Kuih yang ditawarkan oleh Beaute Tarts ini juga siap disediakan dalam bungkusan istimewa serta tag hadiah sempena acara meriah itu.

hbb seller cny

Selain masyarakat Melayu, Cik Ruzitah mendapati ramai pelanggan dari kaum lain yang turut membeli kuih-muihnya.

"Kaum Cina memang ada kerana mereka membeli untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk menghadiahkan kuih ini kepada kawan-kawan mereka," kata peniaga berusia 43 tahun itu.

"Tahun ini boleh dikatakan lebih meriah kerana berbagai bangsa yang membelinya sebagai hadiah," tambah beliau.

hbb seller tarts

Trend menghadiahkan bungkusan kuih untuk rakan dan keluarga turut diperhatikan oleh seorang lagi pemilik HBB, Eshal's Tart.

"Tahun ini, oleh kerana COVID-19, mereka tahu ada had untuk bertemu sahabat handai dan juga keluarga mereka. Jadi mereka akan menyuruh kami untuk menyiapkan pelekat, serta menuliskan ucapan buat rakan dan keluarga di set hadiah tersebut," ujar pemilik, Cik Lydia Jasni.

LEBIH BERBALOI - DAPAT CUBA BERMACAM PERISA DALAM SATU KOMBO

Cik Lydia, yang sudah membuka tempahan seawal 15 Disember lagi, menyediakan set kombo kali ini yang memberi kebebasan bagi pelanggannya untuk memilih perisa tart mereka.

Antara perisa yang sering dipesan termasuk tart Nutella Sea Salt, menurut Cik Lydia.


nutella tart cny
Strateginya ini nampaknya berhasil apabila tempahan yang diterima melonjak 50 peratus berbanding tahun lalu.

"Untuk Tahun Baru Cina kali ini, kita tawarkan kuih kita dalam set kombo atau set hadiah agar senang bagi mereka memberi kepada keluarga dan sahabat handai mereka," kongsi Cik Lydia, 34 tahun.

"Di dalam set hadiah itu, ada dalam tiga macam jenis botol kuih dan kita boleh ubah suai perisanya mengikut pesanan pelanggan kita," tambahnya lagi.

Bukan sahaja lebih mudah untuk dikirim sebagai hadiah, kuih-muih yang dijual dalam botol-botol kecil ini juga dikatakan lebih berbaloi dengan lebih banyak pilihan perisa yang boleh dicuba dan harga set yang ditawarkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan