Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tempahan hotel melonjak 90% musim cuti ini; tidak terjejas oleh penggantungan VTL

Pengendali hotel turut mendedahkan kebanyakan tetamu adalah warga S'pura yang guna baucar SRV.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan hotel melonjak 90% musim cuti ini; tidak terjejas oleh penggantungan VTL

(Gambar: Facebook/Pan Pacific Singapore)

Diterbitkan : 27 Dec 2021 06:04PM Dikemas Kini : 27 Dec 2021 08:04PM

SINGAPURA: Kadar penginapan di hotel-hotel setempat dalam masa perayaan sekarang adalah sekitar 90 peratus, berbanding antara 40 peratus hingga 70 peratus pada tahun lalu.

Kebanyakan pelanggan menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV).

Walaupun penjualan tiket perjalanan bebas kuarantin sedang digantung, hotel-hotel menyatakan ia tidak akan memberi kesan besar kepada kadar tempahan bilik.

Hotel Pan Pacific dan ParkRoyal Collection misalnya sedang beroperasi pada kapasiti penuh semasa musim perayaan ini.

Lebih 90 peratus tempahannya daripada para penduduk Singapura.

Kedua-dua hotel itu menyatakan perniagaan tidak akan teruk terjejas dengan penggantungan penjualan tiket Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) sepanjang empat minggu akan datang.

Sentimen yang sama turut dikongsikan InterContinental Singapore.

 

Antara Jun hingga November lalu hotel tersebut menampung pengunjung luar negara yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Kini, hotel berkenaan membuka semula pintu kepada para pelanggan yang kebanyakannya rakyat Singapura yang mahu bercuti dalam negara.

Selain menerima banyak tempahan bilik, hotel-hotel itu juga menyatakan terdapat permintaan besar dalam perniagaan F&B masing-masing bulan ini.

Restoran-restoran mereka sudah penuh ditempah bagi Krismas lalu dan hujung minggu ini yang juga Tahun Baru.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan