Skip to main content

Kewangan

Temasek lancar GenZero, syarikat platform pelaburan bagi kurangkan karbon global

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat pelaburan negara, Temasek, pada Isnin (6 Jun) mengumumkan pelancaran GenZero, iaitu syarikat platform pelaburan baru bertujuan untuk mempercepat pengurangan karbon di merata dunia.

Buat permulaan, syarikat milik penuh Temasek itu memperuntukkan S$5 bilion dan akan membuat pelaburan di seluruh dunia dalam tiga bidang utama - huraian berasaskan teknologi, huraian berasaskan alam semula jadi dan syarikat yang menyokong pembangunan ekosistem karbon.

Tujuannya untuk untuk mendatangkan kesan pengurangan karbon yang nyata dan membantu menangani krisis iklim, di samping meraih pulangan kewangan jangka panjang yang mampan", menurut Temasek dalam satu kenyataan media.

“GenZero bukan sahaja akan menyokong usaha Temasek ketika kami berusaha untuk mengurangkan separuh pelepasan portfolio kami menjelang 2030 dan berusaha ke arah portfolio sifar menjelang 2050, tetapi juga bagi ekosistem yang lebih luas,” kata Ketua Pegawai Kemampanan Temasek International Dr Steve Howard.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita