Temasek Holdings naikkan pegangan saham Ermenegildo Zegna kepada 10%
Anggaran Waktu Membaca:
Koleksi pakaian lelaki bagi musim luruh/sejuk Zegna pada 2024. (Gambar: Zegna)
SINGAPURA: Syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings, meningkatkan pegangan sahamnya dalam Ermenegildo Zegna Group kepada 10 peratus, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (1 Ogos).
Temasek menyatakan pelaburan ini mengukuhkan komitmennya untuk menyokong syarikat-syarikat terkemuka Eropah serta perniagaan keluarga yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dan berpotensi menjana pertumbuhan global.
Ia menambah bahawa syarikat Itali itu berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam segmen amat mewah dan “mempunyai peluang besar untuk mencipta nilai jangka panjang bagi setiap jenamanya”.
“Berdasarkan pengalaman kami dalam sektor mewah dan pengetahuan mendalam tentang pasaran Asia, kami teruja untuk bekerjasama dengan Zegna untuk menjana pertumbuhan dan pengembangan peringkat global,” kata Temasek.
Di bawah perjanjian yang dijangka dimuktamadkan pada 30 Julai, Temasek akan membeli 14.1 juta saham perbendaharaan Zegna pada harga AS$8.95 (S$11.60) setiap satu, dengan nilai keseluruhan AS$126.4 juta (S$164 juta).
Digabungkan dengan 12.7 juta saham yang diperoleh sebelum ini di pasaran terbuka, ia sekali gus membawa pegangan Temasek kepada 10 peratus.
“Kami berharap dapat menjadi rakan jangka panjang yang strategik dan menyokong keluarga Zegna serta pasukan pengurusannya dalam melaksanakan strategi pertumbuhan mereka dan meningkatkan jenama ikonik serta jejak global mereka,” kata Nagi Hamiyeh, ketua Temasek bagi rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika.
Beliau dijangka menyertai lembaga pengarah Zegna sebagai pengarah bukan eksekutif semasa Mesyuarat Agung Tahunan syarikat itu pada Jun 2026.
Temasek sedang giat meneroka peluang pelaburan-peluang di Eropah, di mana ketidaktentuan akibat perang dagang global yang dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjadikan beberapa syarikat lebih menarik dari segi penilaian.
Menurut sumber yang mengetahui tentang urus niaga ini, Temasek melihat“potensi luas” dalam Zegna, yang kini lebih terbuka kepada pelabur antarabangsa.
Dalam pasaran mewah, pembeli elit yang membelanjakan lebih dari €50,000 (S$74,135) setahun hanya merangkumi kurang daripada 1 peratus pengguna, tetapi menyumbang 23 peratus kepada nilai industri, menurut laporan Boston Consulting Group.
Perbelanjaan mereka juga kekal stabil meskipun pengguna yang berbelanja bagi mencapai gaya hidup atau status tertentu (aspirational buyers) mula mengurangkan perbelanjaan.
Hasil pelaburan Temasek akan digunakan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Zegna dan menyokong peluasannya ke pasaran baharu - khususnya di Asia, di mana kepakaran serantau Temasek dijangka memainkan peranan penting.
“Dengan kerjasama Temasek, kami kini berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk meraih pengembangan organik kami secara global,” kata Pengerusi dan CEO Zegna, Ermenegildo “Gildo” Zegna.

Sumber : CNA/Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.