Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Temasek, GIC pertimbang beli saham restoran Salt Bae

Temasek dan GIC sedang menimbangkan untuk membeli saham sekumpulan restoran mewah, termasuk Nusr-Et Steakhouse yang dimiliki oleh Salt Bae.

Anggaran Waktu Membaca:
Temasek, GIC pertimbang beli saham restoran Salt Bae

Salt Bae. (Gambar: nusr_ett/Twitter)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 03:33PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 03:37PM

SINGAPURA: Temasek dan GIC sedang menimbangkan untuk membeli saham sekumpulan restoran mewah, termasuk Nusr-Et Steakhouse yang dimiliki oleh Salt Bae, seorang cef dari Turki yang pernah menjadi viral satu ketika dulu.

Demikian menurut laporan Financial Times semalam (7 Mac).

Temasek, GIC dan firma pelaburan yang berpangkalan di London, Metric Capital, adalah tiga pelabur besar yang mungkin membeli D.ream Group, anak syarikat Dogus Group, pemilik restoran-restoran mewah, yang bernilai sekitar AS$1.5 bilion (S$1.9 bilion), menurut FT, memetik dua sumber yang mengetahui tentang pertimbangan yang sedang dibuat itu.

Pelaburan itu termasuk ekuiti sekitar AS$200 juta (S$260 juta), menurut laporan itu lagi.

Nama Nusret Gokce, yang lebih dikenali sebagai Salt Bae, melonjak naik pada tahun 2017 setelah satu rakaman video menunjukkan beliau menabur garam dengan gayanya yang tersendiri, menjadi viral.

Sejak itu, beliau membuka restoran Nusr-Et di Miami dan Manhatttan dan cawangan-cawangan di Dubai, Abu Dhabi dan Doha.

Sebab utama di sebalik pembelian restoran seperti Nusr-Et adalah kerana ia dilihat sebagai rangkaian restoran mewah dan kurang pendedahan kepada beberapa bahagian pasaran di mana jenama lain berdepan kesulitan, menurut sumber yang dipetik oleh FT.

Restoran-restoran mewah itu juga "berprestij dan jenamanya dikenali", kata Pengarah Urusan Kumpulan Penaja Kewangan di Eropah bagi Houlihan Lokey, Johnny Colville, seperti yang dilaporkan oleh Finantial Times.

Temasek dan GIC bagaimanapun enggan memberi komen berhubung perkara itu apabila dihubungi Mediacorp. 

Sumber : CNA/Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan