Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Temasek dalam kalangan 18 syarikat dikenakan tuntutan undang-undang secara berkumpulan di AS kerana didakwa tipu para pelanggan FTX

Firma pelaburan Singapura, Temasek dan 17 lagi bank, syarikat modal teroka dan firma perakaunan, disaman di Amerika Syarikat kerana didakwa bersubahat dengan syarikat pertukaran mata wang kripto, FTX, untuk menipu para pelabur.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Firma pelaburan Singapura, Temasek dan 17 lagi bank, syarikat modal teroka dan firma perakaunan, disaman di Amerika Syarikat kerana didakwa bersubahat dengan syarikat pertukaran mata wang kripto, FTX, untuk menipu para pelabur.

Syarikat modal teroka Sequoia Capital dan SoftBank Vision Fund turut dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu.

Dokumen tuntutan mahkamah secara berkumpulan itu  setebal 83 halaman difailkan di Miami, Florida pada Rabu (22 Feb) oleh Connor O'Keefe, seorang pelanggan FTX yang mana wangnya telah  dibekukan dalam akaun FTX miliknya sejak syarikat pertukaran mata wang kripto itu jatuh muflis.

Penduduk Mississippi itu mendakwa 18 defendan tersebut tahu mengenai penipuan yang didakwanya  berlaku di FTX namun mereka "tidak kisah" kerana mereka berpeluang "menjana keuntungan di bawah skim itu".

Dia mengemukakan tuntutan mahkamah "bagi dirinya dan pihak lain yang mengalami  masalah serupa" dan menuntut pampasan dan ganti rugi punitif atas alasan pihak defendan "tahu dan membantu dalam mengembangkan" skim penipuan pengasas FTX, Sam Bankman-Fried.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, Temasek Holdings  menyatakan: "Memandangkan ini merupakan kes undang-undang yang masih berterusan, kami enggan memberi sebarang komen."

Pada November tahun lalu, Temasek menyatakan ia akan menghapuskan pelaburannya sebanyak AS$275 juta (S$376.8 juta) dalam FTX, tidak kira keputusan daripada permohonan perlindungan daripada muflis oleh syarikat pertukaran mata wang kripto itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan