Skip to main content

Kewangan

Tarif semikonduktor 25% tindakan 'fasa pertama': Rumah Putih

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif semikonduktor 25% tindakan 'fasa pertama': Rumah Putih
(Gambar: REUTERS/Tyrone Siu/File Photo)
Diterbitkan : 16 Jan 2026 09:17AM Dikemas Kini : 16 Jan 2026 09:23AM
WASHINGTON: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengenakan tarif sebanyak 25 peratus atas sebab keselamatan negara terhadap cip komputer (semikonduktor) terpilih.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata pada Khamis (15 Jan)bahawa tindakan itu adalah "fasa pertama" untuk melindungi sektor tersebut. Beliau juga membayangkan pengumuman lanjut selepas rundingan dengan negara dan syarikat lain selesai.

Pegawai itu turut mendedahkan bahawa Presiden Donald Trump sebelum ini pernah mengancam akan mengenakan tarif sehingga 100 peratus ke atas cip yang tidak dihasilkan di Amerika Syarikat.

Langkah ini diambil kerana beliau mahu meningkatkan pengeluaran cip di dalam negaranya sendiri.
Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita