Tarif Amerika mungkin beri tekanan kecil terhadap inflasi ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Kadar tarif import Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi mungkin menyebabkan inflasi di Amerika Syarikat untuk meningkat, tetapi bagi ASEAN, ia dijangka memberi kesan yang sedikit kepada tekanan harga.
RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) dalam nota penyelidikannya menulis bahawa tekanan inflasi sebahagian besarnya mereda di kebanyakan ekonomi utama ASEAN.
Dalam laporan terbaharunya itu, bank pelaburan berkenaan menurunkan unjuran inflasi untuk Malaysia (daripada 2.2 peratus kepada 2.0 peratus), Singapura (daripada 1.6 peratus kepada 1.2 peratus) dan Thailand (daripada 0.6 peratus kepada 0.3 peratus) sambil mengekalkan unjuran inflasi Indonesia yang relatif rendah (2.0 peratus).
"Kami perhatikan momentum inflasi daripada perspektif tahun ke tahun sudah berkurangan dengan ketara kecuali bagi Indonesia, memandangkan harga komoditi utama seperti makanan dan tenaga telah menurun.
"Harga import pada asas bulan ke bulan (m-o-m) bagi Malaysia dan Singapura dilaporkan negatif, sekali gus menekankan persekitaran inflasi yang agak terkawal untuk ASEAN," katanya.
Sementara itu, RHBIB menyatakan bahawa penguatkuasaan tarif oleh Amerika Syarikat sedang merubah corak aliran perdagangan global.
ASEAN, yang memiliki pasaran buruh berdaya saing, lokasi strategik dan infrastruktur yang bertambah baik, semakin menjadi pemain utama dalam landskap yang sedang berkembang ini.
Bagi Malaysia pula, negara itu menikmati ekonomi yang kukuh dalam industri pengilangan dan eksport semikonduktor.
Ia juga pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia dan menyumbang 13 peratus kepada pasaran global untuk pemasangan, pengujian dan pembungkusan semikonduktor, sekali gus membayangkan kewujudan pasaran yang besar dan dominasi dalam cip global.
Lebih 95 peratus eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat berasal daripada firma Amerika yang beroperasi di Malaysia.
Integrasi kemudahan Malaysia itu dalam rantaian bekalan Amerika khususnya oleh peneraju industri seperti Intel dan Texas Instruments, menunjukkan gangguan yang ketara akan menjadi langkah yang merugikan untuk matlamat pengilangan Amerika.
"Bagaimanapun, dengan bertambahnya dasar perlindungan perdagangan Amerika, kita harus memikirkan tentang kebergantungan dan hubungan perdagangan yang boleh berubah di dunia tanpa dominasi Amerika," katanya, seperti dinukil Astro Awani.
Di dunia tanpa Amerika Syarikat sebagai pemain utama dalam perdagangan global, ia menyatakan bahawa struktur kebergantungan perdagangan antarabangsa akan mengalami transformasi yang mendalam.
Banyak negara akan mencari sumber alternatif bagi produk yang sebelum ini banyak diimport dari Amerika, termasuk barangan pertanian, farmaseutikal dan elektronik berteknologi tinggi.
Sebagai contoh, negara-negara yang sebelum ini bergantung kepada eksport bijirin dan kacang soya Amerika mungkin boleh beralih kepada Brazil atau Argentina.
Pada masa yang sama, bekalan infrastruktur digital dan elektronik boleh beralih dengan memilih China atau Korea Selatan.
Peralihan ini akan mempercepatkan proses mempelbagaikan sumber perdagangan, dengan hubungan antara wilayah menjadi lebih menonjol apabila negara-negara mengutamakan kestabilan, jarak dan keadaan politik dalam hubungan ekonomi mereka.
Di Asia sebagai contoh, perdagangan dalam ASEAN dan dengan China akan semakin rancak, disokong oleh mekanisme seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
"Secara keseluruhannya, ASEAN dengan tekanan harga yang berdaya saing, lokasi strategik dan infrastruktur yang semakin baik, bakal menjadi pemain utama dalam landskap yang sedang berkembang ini," jelas RHBIB.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.