Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tapak Liang Court akan diubah menjadi pembangunan bersepadu dengan 2 menara kediaman

Tapak Liang Court di Clarke Quay bakal berubah menjadi sebuah pembangunan bersepadu dengan dua menara kediaman yang mempunyai 700 unit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tapak Liang Court akan diubah menjadi pembangunan bersepadu dengan 2 menara kediaman

Tapak Liang Court di Clarke Quay. (Gambar: CDL/CapitaLand)

Diterbitkan : 21 Nov 2019 05:21PM Dikemas Kini : 21 Nov 2019 05:22PM

SINGAPURA: Tapak Liang Court di Clarke Quay bakal berubah menjadi sebuah pembangunan bersepadu dengan dua menara kediaman yang mempunyai 700 unit.

Dalam satu kenyataan media bersama pada Khamis (21 Nov), City Developments (CDL) dan CapitaLand mengumumkan bahawa Ascott Residence Trust (Ascott Reit) akan menyertai kedua-dua syarikat itu dalam projek tersebut, yang dijangka dibuka secara bertahap-tahap mulai 2024.

Sekarang ini, tapak tersebut meliputi pusat beli-belah Liang Court, hotel Novotel Singapore Clarke Quay dan apartmen Somerset Liang Court Singapore.

Dengan kawasan lantai keseluruhan seluas hampir 100,300 meter persegi, pembangunan yang diusulkan itu - tertakluk kepada kelulusan daripada pihak-pihak berkuasa - akan juga merangkumi komponen komersil, hotel dan apartmen servis. Demikian menurut kenyataan tersebut.

Ia menambah tapak yang dibangunkan semula itu akan dihubungkan langsung ke MRT Fort Canning.

Menurut para pemaju, rancangan bagi tapak berkenaan akan mengikut penjualan yang diusulkan oleh CDL Hospitality Trusts (CDLHT) dari kepentingan keseluruhannya dalam Novotel Singapore Clarke Quay hingga entiti usaha sama CDL-CapitaLand 50:50 dan CDL.

Kenyataan itu menambah Ascott Reit akan juga menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam Somerset Liang Court Singapore kepada CDL.

Sebaik sahaja pembangunan selesai, entiti usaha sama CDL-CapitaLand 50:50 akan memiliki komponen-komponen kediaman dan komersil manakala Ascott Reit akan memiliki 192 unit apartmen servis dengan sebuah lesen hotel.

CDLHT akan memiliki hotel tersebut, yang mempunyai antara 460 hingga 475 bilik, di bawah persetujuan pembelian masa depan bersama CDL. Hotel itu akan beroperasi di bawah jenama Moxy oleh Marriott International manakala kediaman yang diservis akan mengekalkan penjenamaan Somersetnya, menurut kenyataan bersama tersebut.

Konsortium itu juga menambah ia merancang untuk menyuntik nafas baru kepada sesiaran (promenade) tepian sungai yang berada di kawasan hartanah tersebut. Ini dikatakan "sejajar dengan Draf Pelan Induk 2019 Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk meningkatkan lagi daya tarikan kawasan tersebut".

Rancangan itu dijangka meningkatkan jumlah pengunjung dan menambah baik akses pejalan kaki ke Sungai Singapura.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan