Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Taman Nongsa Digital Pulau Batam dijangka bina 7 pusat data baru hasil kerjasama S'pura-Indonesia

Taman Digital Nongsa di Pulau Batam terus menarik minat para pemaju pusat data meskipun di tengah-tengah pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
02:34 Min
Taman yang diasaskan sebagai sebahagian kerjasama antara Indonesia dengan Singapura itu dijangka membawa kepada pembentukan tujuh pusat data baru.

KEPULAUAN RIAU: Taman Digital Nongsa di Pulau Batam terus menarik minat para pemaju pusat data meskipun di tengah-tengah pandemik.

Taman yang diasaskan sebagai sebahagian kerjasama antara Indonesia dengan Singapura itu dijangka membawa kepada pembentukan tujuh pusat data baru.

Ia juga membangunkan karyawan teknologi untuk memenuhi keperluan industri.

Juniathami Lestari Marpaung, seorang pelajar Universiti Medan, Sumatera Utara, menghabiskan masa lima bulan di Taman Digital Nongsa sebagai sebahagian program Kampus Merdeka untuk membangunkan karyawan teknologi muda.

Siswa 23 tahun itu, yang mengikuti kursus pengajian pentadbiran pejabat, kini belajar perkara-perkara baru tentang teknologi digital seperti rekaan grafik.

"Saya banyak sekali mempelajari hal-hal baru, apa lagi taman digital nongsa digital sendiri adalah perusahaan yang di luar bidang saya, sehingga saya dapat wawasan-wawasan yang baru termasuk dari segi IT, juga reka bentuk," kata Encik Juniathami.

Taman Digital Nongsa terletak di Batam iaitu kurang sejam perjalanan bot dari Singapura.

Ia berharap untuk menarik pelaburan lebih AS$500 juta (S$672 juta) dalam ekonomi digital dan menghasilkan lebih 10,000 pekerjaan.

taman digital nongsa
Ihsan: Taman Digital Nongsa


"Taman Digital Nongsa dibuka pada March 2018, hasil dari rundingan dua hala untuk membangun Batam sebagai jambatan digital antara Singapura dengan Indonesia. Taman itu mempunyai lebih 80 syarikat teknologi dengan lebih 1,000 pekerja.

Taman Digital Nongsa menjadi tarikan bagi pusat-pusat data dengan seperlima daripada 166 hektar tanah diperuntukkan untuk pusat-pusat sedemikian.

Sejauh ini, dua pusat data sudahpun mengesahkan tempat di sana dengan lebih banyak lagi mungkin membuat serupa.

Pusat-pusat data tertarik dengan Taman Digital Nongsa kerana status Zon Ekonomi Khas atau SEZ yang diterimanya pada Jun tahun lalu.

Ini bermakna perniagaan di SEZ akan menerima insentif kewangan lebih baik dan kurang halangan birokrasi.

Sebagai negara jiran, kerjasama antara Indonesia dengan Singapura wujud dalam pelbagai bidang.

Kepulauan Riau di Indonesia adalah yang paling dekat dengan Singapura dan menawarkan potensi kerjasama terbesar.

"Embrio kerjasama antara Indonesia-Singapura sudah sejak dulu, sudah sejak lama, sudah banyak taman perusahaan dikuasai oleh para pelabur Singapura di Kepri ini. Kita tinggal melanjutkan, memperluas itu kerana prinsip yang kita anut adalah persepakatan bersama yang saling menguntungkan," kata Gabenor Kepulauan Riau Ansar Ahamd.

Taman Digital Nongsa adalah pintu masuk bagi kerjasama antara Indonesia dengan Singapura dalam ekonomi digital.

Ia menandakan harapan baru, satu jambatan digital menghubungkan kedua-dua negara, rentas rantau.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa