Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

TADA lancar yuran tetap sementara; bantu pemandu tangani kenaikan harga minyak

Anggaran Waktu Membaca:
TADA lancar yuran tetap sementara; bantu pemandu tangani kenaikan harga minyak

Gambar fail keadaan trafik di Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 23 Mar 2022 05:14PM Dikemas Kini : 23 Mar 2022 09:04PM

SINGAPURA: Platform kereta sewa TADA hari ini (23 Mac) menyatakan bahawa ia bakal melancarkan yuran sementara untuk semua perjalanan mulai 4 April untuk mengurangkan beban harga minyak yang semakin naik bagi para pemandu kereta sewa privet. 

"Yuran pemandu" itu bakal dikuatkuasakan sehingga 31 Mei dan akan disemak semula sekiranya harga minyak merosot, menurut TADA dalam satu kenyataan media. 

Yuran tetap sebanyak S$0.50 akan ditambah kepada semua perjalanan yang tambangnya sehingga S$18, manakala S$0.80 akan ditambah kepada perjalanan yang tambangnya S$18.10 ke atas. 

Yuran penuh akan disalurkan kepada para pemandu, menurut TADA. 

"Tujuan utama yuran pemandu ini adalah untuk membantu mengurangkan beban harga minyak yang semakin naik bagi para pemandu," tambah TADA. 

"Untuk memastikan ia lebih telus, yuran yang disesuaikan itu akan dipaparkan secara berasingan daripada tambang perjalanan dan akan tertera dengan jelas pada resit penumpang apabila selesai perjalanan." 

Untuk membantu para penumpang dengan perubahan itu, TADA akan memberikan baucar S$1 dengan kod promo "ONETADA" sehingga 30 April. Jumlah baucar bagaimanapun terhad. 

Pengumuman TADA itu menyusuli langkah serupa yang diambil oleh Gojek, iaitu mengenakan yuran tetap sementara untuk semua perjalanan mulai 31 Mac "sehingga sekurang-kurangnya 31 Mei". 

Harga minyak semakin naik sejak kebelakangan ini disebabkan pencerobahan Rusia terhadap Ukraine dan para pakar menyatakan ketidakstabilan harga akan berterusan pada masa akan datang. 

TADA hari ini menyatakan bahawa ia juga akan melancarkan kempen untuk memberikan potongan harga minyak kepada pemandu yang melakukan beberapa perjalanan setiap hari. 

Di bawah kempen yang pertama dari 4 hingga 17 April, para pemandu akan menerima potongan harga sebanyak S$10 setiap hari sekiranya mereka melakukan 19 perjalanan pada hari itu. Kempen itu akan disemak semula dan mungkin dilanjutkan. 

"Kami sedia maklum pemandu kami berasa tertekan dengan kos operasi disebabkan harga minyak yang semakin naik dan yuran sementara untuk pemandu ini akan membantu mengurangkan sedikit sebanyak beban mereka. Langkah ini dan juga potongan harga di bawah kempen pemandu ini, diharapkan dapat membantu para pemandu menangani kos-kos tambahan," menurut Pengurus Am TADA, Jonathan Chua. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan