Syarikat-syarikat SG luaskan pelaburan dalam sektor perubatan China
Dalam satu pencapaian penting bagi firma-firma yang mempunyai kaitan dengan Singapura dalam sektor perubatan China, Raffles Medical Group baru-baru ini memeterai satu perjanjian kolaborasi dengan salah satu hospital awam terkemuka di Shanghai.

Hospital Renji di Shanghai, China. (Gambar: CNA)
Perjanjian tersebut dimeterai sedang syarikat-syarikat Singapura semakin pesat berkembang dalam industri kesihatan di negara kedua paling padat dengan penduduk, China.
Ini biarpun ekonomi China kini berdepan beberapa cabaran.
Menerusi kerjasama dengan Hospital Renji, Raffles akan menubuhkan sistem perkhidmatan "peredaran berganda" bagi sumber-sumber perubatan.
Para pesakit Raffles boleh memanfaatkan kepakaran para pakar dari Renji, manakala Hospital Renji diberi pendedahan kepada kumpulan pelanggan Raffles yang berkemampuan tinggi dari seluruh Asia.
"(Renji) mempunyai sejarah selama 180 tahun. Mereka pasti lebih mengetahui mengenai China berbanding kita," kata pengerusi eksekutif dan pengasas bersama Raffles Medical Group, Dr Loo Choong Yong.
"Pada masa ini, mereka mempunyai beberapa ribu katil. Hospital awam mereka sangat besar. Mereka mempunyai banyak bakat, ramai pakar yang dilatih dengan baik - dan jumlahnya ramai."
Renji - yang merupakan ahli gabungan Sekolah Perubatan Universiti Shanghai Jiao Tong - menerima lebih 7 juta pesakit dalam setahun.
Raffles mengendalikan kemudahan perubatan di 14 bandar Asia.
Ini termasuk tiga hospital di Shanghai, Chongqing dan Beijing serta klinik-klinik pesakit luar di lima bandar China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.