Syarikat penerbangan global diunjur terus pulih, catat untung bersih AS$4.7b pada 2023
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Julien De Rosa/AFP)
GENEVA: Syarikat penerbangan global diunjur mencatatkan keuntungan pertama tahun depan dengan keuntungan bersih AS$4.7 bilion (S$6.38 bilion) sejak pandemik melanda, memandangkan syarikat-syarikat terus pulih dan dapat mengurangkan kerugian walaupun ketidaktentuan ekonomi semakin meningkat, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam kenyataan pada Selasa (6 Dis), IATA menjelaskan pihaknya juga menjangkakan syarikat penerbangan global akan merekodkan keuntungan bersih sebanyak AS$4.7 bilion (S$6.38 bilion), margin keuntungan bersih 0.6 peratus, terutama disumbangkan oleh syarikat penerbangan Amerika Utara, yang didapati merealisasikan keuntungan mereka pada 2022.
Persatuan itu menambah, kerugian bersih syarikat penerbangan dijangka lebih rendah bagi 2022, dianggarkan berjumlah AS$6.9 bilion, lebih baik berbanding AS$9.7 bilion (S$9.37 bilion) yang diunjurkan pada Jun dan meningkat secara ketara daripada kerugian AS$42 bilion (S$57 bilion) dan AS$137.7 bilion (S$187 bilion) masing-masing pada 2021 dan 2022.
“Bagaimanapun keuntungan AS$4.7 bilion (S$6.38 bilion) daripada perolehan industri sebanyak AS$779 bilion (S$1.05 trilion) juga menggambarkan bahawa terdapat banyak lagi asas yang perlu ditangani untuk meletakkan industri global pada kedudukan kewangan yang kukuh,” kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh.
Beliau berkata demikian semasa sesi pembentangan bertajuk ‘Unjuran bagi Penerbangan' pada Hari Media Global IATA yang berlangsung selama dua hari di Geneva.
Encik Walsh berkata walaupun terdapat syarikat penerbangan yang cukup menguntungkan untuk menarik modal yang diperlukan bagi memacu industri itu ke hadapan namun, banyak lagi yang masih bergelut ekoran pelbagai sebab seperti kos yang tinggi dan infrastruktur tidak cekap.
Menurut IATA syarikat penerbangan Eropah dan Timur Tengah dijangka turut seiring dengan syarikat penerbangan Amerika Utara, untuk kembali memperoleh keuntungan pada 2023.
Amerika Utara dijangka menjana keuntungan sebanyak AS$9.9 bilion pada 2022 dan AS$11.4 bilion (S$13.4 bilion) tahun depan didorong peningkatan permintaan penumpang sebanyak 6.4 peratus, yang akan mengatasi pertumbuhan kapasiti sebanyak 5.5 peratus.
“Secara keseluruhan, rantau ini dijangka memenuhi 97.2 peratus daripada tahap permintaan sebelum krisis dengan 98.9 peratus kapasiti sebelum krisis pada 2023,” jelasnya.
IATA menambah, syarikat penerbangan Eropah dijangka mencatatkan kerugian AS$3.1 bilion (S$4.2 bilion) tahun ini dan keuntungan AS$621 juta (S$843.6 juta) pada 2023, manakala Timur Tengah diunjurkan merekodkan kerugian AS$1.1 bilion (S$1.49 bilion) pada 2022 dan keuntungan AS$268 juta (S$364 juta) pada 2023.
“Bagaimanapun, prestasi kewangan Asia Pasifik, Amerika Latin dan Afrika akan terus menguncup pada 2023,” jelasnya.
DASAR SIFAR COVID-19 CHINA & KESANNYA
IATA juga berpandangan bahawa pertumbuhan Asia Pasifik akan dikekang oleh dasar sifar COVID-19 China ke atas perjalanan, dengan kerugian rantau itu berkurangan kepada AS$6.6 bilion (S$8.9 bilion) pada 2023 daripada AS$10 bilion (S$13.6 bilion) pada 2022.
“Mengambil pandangan konservatif mengenai pelonggaran sekatan yang progresif di China sepanjang separuh kedua 2023, kami bagaimanapun menjangkakan permintaan terpendam yang kukuh akan mendorong lantunan pantas menyusuli langkah sedemikian,” katanya.
Syarikat penerbangan Amerika Latin dan Afrika masing-masing dijangka mencatatkan kerugian AS$2 bilion (S$2.7 bilion) dan AS$638 juta (S$866 juta) pada 2022, serta kerugian dijangka mengecil masing-masing kepada AS$795 juta (S$1.08 bilion) dan AS$213 juta (S$289 juta) pada 2023.
“Cabaran yang akan dihadapi syarikat penerbangan pada 2023, walaupun sukar, akan jatuh ke dalam bidang pengalaman kita. Industri ini sudahpun membina keupayaan yang hebat untuk menyesuai dengan turun naik ekonomi, item kos utama seperti harga bahan api dan pilihan penumpang.
“Kita melihat ini menunjukkan dalam tempoh pengukuhan keuntungan berikutan Krisis Kewangan Global 2008 dan berakhir dengan pandemik," kata EncikWalsh.
Beliau berkata terdapat bukti bahawa pelawat yakin untuk melakukan perjalanan walaupun prospek ekonomi tidak menentu dan bilangan penumpang mungkin kembali kepada tahap prapandemik pada 2024.
“Pada akhir 2022, jumlah penumpang dijangka pada 70 peratus daripada angka dicatatkan pada 2019,” katanya.
Encik Walsh berkata perniagaan penumpang diunjurkan menjana perolehan AS$522 bilion dengan permintaan mencecah 85.5 peratus daripada paras 2019 pada 2023, mengambil kira ketidaktentuan dasar COVID di China.
“Namun begitu jumlah penumpang dijangka melepasi paras empat bilion buat kali pertama sejak 2019 dengan 4.2 bilion pengembara,” katanya.
Selain itu, Encik Walsh berkata perniagaan kargo dijangka mengalami tekanan yang meningkat pada 2023 dengan perolehan berjumlah AS$149.4 bilion (S$202.9 bilion), pengurangan sebanyak AS$52 bilion (S$70.6 bilion) berbanding pada 2022.
Beliau berkata jumlah kargo dijangka berkurangan kepada 57.7 juta tan daripada 65.6 juta tan yang direkodkan pada 2021.
RISIKO KEMELESETAN
Ketua Ahli Ekonomi IATA Marie Owens-Thomsen berkata walaupun petunjuk menjurus kepada kemungkinan kenaikan kadar faedah yang kurang agresif mulai awal tahun depan, namun risiko kemelesetan masih ada bagi beberapa negara.
Beliau berkata ia boleh menjejaskan permintaan bagi perniagaan penumpang dan kargo, namun mungkin terdapat penyeimbangan berikutan harga minyak yang lebih rendah.
Menurut IATA jumlah perbelanjaan bahan api dijangka AS$229 bilion (S$311 bilion) pada 2023 berdasarkan harga minyak mentah Brent pada AS$92.30 (S$125.41) setong, turun daripada purata AS$103.20 (S$140.222) setong pada 2022.
“Minyak tanah pesawat diunjurkan mencecah purata lebih rendah pada AS$111.90 setong (S$152.04), menunjukkan bekalan bahan api yang agak stabil selepas mengalami gangguan akibat perang di Ukraine,” jelasnya.
IATA menambah, premium yang dikenakan bagi bahan api pesawat (niaga hadapan) kekal menghampiri paras tertinggi sebelum ini.

Sumber : Bernama/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.