Syarikat pemula Perplexity meterai perjanjian cloud AI bernilai $750 juta dengan Microsoft
Anggaran Waktu Membaca:
- Perplexity menandatangani perjanjian tiga tahun bernilai $750 juta dengan Microsoft untuk menggunakan khidmat cloud Azure.
- Perjanjian ini membolehkan Perplexity menjalankan pelbagai model AI melalui program Foundry Microsoft, termasuk sistem daripada OpenAI, Anthropic dan xAI.
- Jurucakap Perplexity mengesahkan kerjasama dengan Microsoft tetapi menegaskan syarikat masih menggunakan Amazon Web Services sebagai penyedia cloud utama.
- Amazon sebelum ini menyaman Perplexity atas ciri beli-belah "ejen" yang didakwa mengakses akaun pelanggan secara rahsia dan melakukan automasi terselindung.
SILICON VALLEY: Syarikat pemula AI Perplexity menandatangani perjanjian bernilai $750 juta dengan Microsoft untuk menggunakan khidmat cloud Azure, lapor Bloomberg News pada Khamis (30 Jan), menukil sumber yang mengetahui perkara itu.
Perjanjian tiga tahun itu akan membolehkan Perplexity, yang disokong Nvidia, menjalankan pelbagai model AI melalui program Foundry Microsoft, termasuk sistem daripada OpenAI, Anthropic dan xAI, menurut laporan itu.
Perplexity dan Microsoft tidak segera memberi respons kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.
Jurucakap Perplexity mengesahkan kepada Bloomberg bahawa ia sedang bekerjasama dengan Microsoft "bagi akses kepada model sempadan daripada X, OpenAI dan Anthropic".
Jurucakap itu memberitahu Bloomberg bahawa Perplexity tidak mengalihkan perbelanjaan daripada Amazon Web Services, penyedia cloud utama syarikat baharu itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian Microsoft.
Amazon menyaman Perplexity tahun lalu atas ciri beli-belah "ejen" syarikat baharu itu, yang menggunakan automasi untuk membuat pesanan bagi pengguna, dengan menyatakan ia secara rahsia mengakses akaun pelanggan Amazon dan menjalankan kegiatan automatik yang disamarkan sebagai pelayaran oleh manusia (human browsing).

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.