Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat khidmat kereta sewa privet lanjutkan tempoh yuran pemandu

Para penyedia khidmat kereta sewa privet melanjutkan tempoh bagi yuran pemandu sehingga hujung Julai sebagai sebahagian usaha untuk menyokong para pemandu menangani kenaikan kos.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para penyedia khidmat kereta sewa privet melanjutkan tempoh bagi yuran pemandu sehingga hujung Julai sebagai sebahagian usaha untuk menyokong para pemandu menangani kenaikan kos.

Grab menyatakan dalam kiriman emel kepada para pelanggan pada Rabu (25 Mei) bahawa yuran S$0.50, yang akan disalurkan secara langsung kepada para pemandu untuk "membantu mereka menangani kenaikan kos", akan disemak sekali lagi mengikut perkembangan situasi.

Ia pertama kali diperkenalkan pada April dan dijadual diteruskan sehingga 31 Mei.

Ia tertakluk kepada semua khidmat pengangkutan, kecuali khidmat teksi biasa. Khidmat lain seperti penghantaran makanan dan GrabMart, dikecualikan.

"Memandangkan kos operasi bagi para pemandu kita terus meningkat, kami melaksanakan skim-skim rakan kongsi pemandu seperti rebat komisen dan diskaun kos minyak untuk bantu mengurangkan perbelanjaan harian," menurut syarikat itu.

"Kami kekal komited untuk membantu rakan-rakan pemandu kita dalam mengharungi masa-masa sukar ini dan berterima kasih kepada anda atas sokongan yang diberikan."

Begitu juga, Gojek dan TADA melanjutkan tempoh yuran pemandu pada minggu lalu.

Gojek menyatakan pada Jumaat (20 Mei) bahawa yuran itu akan dikenakan sehingga sekurang-kurangnya 31 Julai sedang "harga minyak kekal tidak stabil". Ia mengenakan bayaran sekali sahaja sebanyak S$0.50 bagi semua perjalanan kurang 10 kilometer, dengan perjalanan melebihi jarak 10 kilometer dikenakan bayaran sekali sahaja sebanyak S$0.80.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan