Skip to main content

Kewangan

Syarikat insurans Britain Aviva jual perniagaan S'pura untuk S$2.7 bilion

Syarikat insurans hayat, kereta dan rumah Aviva mengumumkan pada Jumaat (11 Sep) akan menjual saham majoritinya dalam perniagaannya di Singapura kepada sebuah konsortium diterajui oleh Singapore Life untuk S$2.7 bilion, sedang syarikat Britain itu mengurangkan tumpuannya pada Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat insurans Britain Aviva jual perniagaan S'pura untuk S$2.7 bilion

Gambar fail: Reuters

Diterbitkan : 12 Sep 2020 11:24AM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 11:26AM

SINGAPURA: Syarikat insurans hayat, kereta dan rumah Aviva mengumumkan pada Jumaat (11 Sep) akan menjual saham majoritinya dalam perniagaannya di Singapura kepada sebuah konsortium diterajui oleh Singapore Life untuk S$2.7 bilion, sedang syarikat Britain itu mengurangkan tumpuannya pada Asia.

Harga saham Aviva meningkat 4.8 peratus kepada 302.2 pence pada 1415 GMT.

Konsortium Singlife terdiri daripada syarikat aset alternatif TPG - yang akan menjadi pemegang saham terbesar dalam kumpulan baru itu selepas selesai dibentuk - syarikat insurans Jepun Sumitomo Life dan para pemegang saham Singlife lain yang sedia ada.

"Penjualan Aviva Singapura adalah langkah pertama yang penting dalam strategi baru kami untuk memberikan lebih tumpuan kepada portfolio Aviva," kata ketua pegawai eksekutif yang baru dilantik, Amanda Blanc.

Cik Blanc akan meningkatkan tumpuan syarikat itu pada Britain, Ireland dan Kanada.

Mantan CEO Maurice Tulloch menjalankan penilaian strategik bagi perniagaan Asia tahun lalu, namun sumber-sumber berkata beliau tidak berupaya memperolehi harga yang cukup tinggi untuk menjual divisyen Aviva di Singapura.

Perjanjian itu merangkumi wang tunai dan sekuriti yang boleh dipasarkan bernilai S$2 bilion, nota kewangan vendor S$250 juta dan pegangan ekuiti 25 peratus dalam kumpulan baru itu.

Perniagaan baru itu pada awalnya akan dijenamakan sebagai Aviva Singlife di Singapura.

"Kami yakin ini merangkumi penciptaan nilai yang luar biasa untuk kumpulan itu dan menunjukkan dengan jelas Ketua Pegawai Eksekutif baru Amanda Blanc melaksanakan janjinya untuk mengambil tindakan pantas," kata penganalisis Jefferies.

Pelanggan dan rakan kongsi Aviva Singapura akan terus berurusan dengan syarikat itu seperti biasa dan polisi pelanggan tidak akan terjejas, kata syarikat itu.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita