Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat ganding bahu jalankan operasi rantaian bekalan mesra alam

Kenderaan elektrik bakal digunakan untuk menghantar barangan dari gedung ke rumah pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kenderaan elektrik bakal digunakan untuk menghantar barangan dari gedung ke rumah pelanggan.

Ini setelah firma rantaian bekalan tempatan YCH bekerjasama dengan syarikat barangan pengguna Procter and Gamble (P&G) dalam usaha menjadi mesra alam.

Malah, YCH merancang untuk mempunyai kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

YCH juga menggunakan tenaga suria untuk menjana elektrik bagi gedung-gedung sekali gus menjimatkan lebih 30 peratus penggunaan elektrik.

Robot juga digunakan untuk menggerakkan rak-rak serta stesen-stesen pengasingan.

Kedua-dua syarikat menyatakan kerjasama itu akan mencorak cara untuk menguruskan barangan daripada proses pengilangan sehingga penghantaran akan menjadi lebih mampan.

Berucap di pelancaran kerjasama itu pada Jumaat (17 Dis), Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata perniagaan seperti biasa bukan lagi satu pilihan.

Beliau menambah syarikat mungkin perlu memikirkan semula model operasi mereka, termasuk kemungkinan memerlukan pelaburan dalam teknologi baru serta tenaga manusia.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan