Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat cari cara kreatif bantu masyarakat sedang badan amal kurang sukarelawan

Badan-badan amal di sini merasakan kesannya apabila kerja-kerja sukarela berubah akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2021 06:56PM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 11:59PM

SINGAPURA: Badan-badan amal di sini merasakan kesannya apabila kerja-kerja sukarela berubah akibat COVID-19.

Menurut Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Nasional (NVPC), sejak dua tahun lalu, sukarelawan yang terlibat secara langsung merosot hingga separuh daripada jumlah ketika sebelum pandemik.

Sebaliknya, syarikat-syarikat memilih cara lebih kreatif untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, akibat sekatan-sekatan berkaitan COVID-19.

Syarikat pembekal produk pembasmi kuman seperti Speco, melakukan kerja amal dengan memenuhi keperluan praktikal semasa COVID-19.

Speco tampil ke hadapan apabila rumah-rumah rawatan serta pusat jagaan untuk warga emas memohon bantuan mereka.

Terbaru, mereka memulakan kempen bagi menyediakan produk anti-mikrob kepada sektor F&B yang teruk terjejas dek pandemik.

Terdapat juga sebuah syarikat yang mengubah hampir 100 hari cuti tahunan, yang tidak diambil kakitangannya, dan dijadikan wang yang didermakan kepada dua badan amal.
Ini sebagai alternatif kepada kerja-kerja sukarela yang sering dianjurkan syarikat tersebut sebelum ini.

Walaupun terdapat pelbagai cara baru untuk syarikat-syarikat terus menyumbang, namun kurangnya penglibatan secara langsung oleh para sukarelawan tetap terasa.

Oleh itu, pihak NVPC berharap syarikat-syarikat dapat menggalak kakitangan mereka menghulurkan bantuan sesuai kemahiran yang ada.

Dan menjelang musim perayaan akhir tahun, mereka juga diseru untuk menggalak lebih ramai rakan-rakan untuk menyumbang kepada kebajikan.

Sumber : CNA/IQ/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa