Skip to main content

Kewangan

Sunway Developments & Hoi Hup meterai perjanjian beli tanah S$815 juta di S'pura

Unit pembangunan hartanah milik penuh Sunway Bhd, Sunway Developments Pte Ltd (SDPL), bersama dengan Hoi Hup Realty Pte Ltd telah memeterai perjanjian jual beli secara kolektif bagi membeli 22 plot tanah kediaman pegangan bebas di Tanjong Katong, Singapura bernilai RM2.51 bilion (S$815.0 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Sunway Developments & Hoi Hup meterai perjanjian beli tanah S$815 juta di S'pura

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Nov 2021 03:30PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 03:36PM

KUALA LUMPUR: Unit pembangunan hartanah milik penuh Sunway Bhd, Sunway Developments Pte Ltd (SDPL), bersama dengan Hoi Hup Realty Pte Ltd telah memeterai perjanjian jual beli secara kolektif bagi membeli 22 plot tanah kediaman pegangan bebas di Tanjong Katong, Singapura bernilai RM2.51 bilion (S$815.0 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sunway Group menyatakan tanah berkenaan akan dimajukan semula menjadi satu kawasan pembangunan kediaman persendirian baru dan satu syarikat usaha sama yang dicadangkan akan diperbadankan, dengan Hoi Hup dan SDPL akan menguasai kepentingan ekuiti dengan nisbah 70:30. 

Kos pelaburan SDPL dalam projek usaha sama itu dianggarkan bernilai S$140 juta atau RM431.2 juta.

“Projek yang dicadangkan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Sunway Group mulai tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dan seterusnya,” katanya lagi.

Sumber : Bernama/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita