Starhub lakukan ujian kendiri 5G dengan U Mobile M'sia pada 2020
Panggilan hologram secara langsung dan panggilan video pelbagai pihak adalah sebahagian daripada percubaan 5G yang akan dijalankan oleh StarHub Singapura dan U Mobile Malaysia mulai suku pertama tahun depan.
SINGAPURA: Panggilan hologram secara langsung dan panggilan video pelbagai pihak adalah sebahagian daripada percubaan 5G yang akan dijalankan oleh StarHub Singapura dan U Mobile Malaysia mulai suku pertama tahun depan.
Kedua-dua syarikat telko menyatakan "ujian kendiri 5G" itu adalah salah satu yang pertama di dunia, dilakukan secara bebas daripada prasarana rangkaian 4G.
Menurut U Mobile, ujian tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang kerap berkunjung antara kedua-dua negara tetapi juga bagi perusahaan jagaan kesihatan kerana ia mungkin membolehkan pembedahan dilakukan dari jauh.
Ujian tersebut akan dilakukan dengan kerjasama Huawei.
Singapura dijadualkan melancarkan rangkaian mudah alih 5G menjelang 2020, dengan keupayaan penuh meliputi sekurang-kurangnya separuh bahagian Singapura menjelang akhir 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.