Standard Chartered perkenal insurans penipuan digital, kadar faedah lebih tinggi bagi akaun simpanan warga emas
Anggaran Waktu Membaca:
Bank Standard Chartered di Singapura pada 3 Mei, 2023. (Gambar fail: REUTERS/Caroline Chia/File Photo)
SINGAPURA: Bank Standard Chartered pada Isnin (17 Mar) mengumumkan pembaharuan kepada akaun simpanan MyWay untuk merangkumi polisi insurans penipuan digital dan kadar faedah yang lebih tinggi.
Akaun simpanan MyWay disediakan bagi mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas.
Insurans Perlindungan Penipuan Digital, yang dijamin oleh MSIG, akan melindungi dana sehingga S$50,000 daripada pindahan dana elektronik tanpa kebenaran yang timbul akibat penipuan pancingan data dan perisian hasad.
Penipuan bayaran yang dibuat dengan kebenaran, termasuk penipuan cinta, penipuan pelaburan dan penipuan penyamaran, tidak dilindungi.
MSIG juga akan "menanggung kos yang munasabah dan perlu" yang ditanggung oleh pemegang akaun jika mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap penipu, berdasarkan senarai soalan yang sering ditanyakan di laman web.
Menyedari bahawa warga emas mungkin lebih terdedah kepada penipuan digital yang semakin canggih, Standard Chartered menyatakan akaun simpanan yang diperbaharui itu diharapkan dapat memberikan pelanggan "ketenangan fikiran di samping pertumbuhan kewangan".
Insurans penipuan digital akan percuma untuk tahun pertama. Ini menjadikan MyWay produk simpanan runcit pertama di Singapura yang merangkumi insurans penipuan digital percuma, menurut bank itu.
"Kami sentiasa menilai keperluan pelanggan kami dan mungkin melanjutkan atau meningkatkan perlindungan berdasarkan impak dan penerimaannya," kata Encik Usman Khalid, ketua global dan Singapura bank itu bagi deposit, gadai janji dan pembayaran.
Pemegang akaun boleh mengakses ciri antipenipuan sedia ada seperti suis pemutus dan "kunci wang" sebagai perlindungan tambahan. Ciri "kunci wang" itu tidak akan menjejas kadar faedah berperingkat yang berkenaan.
Encik Khalid berkata pihak bank akan meneroka untuk memperluaskan insurans penipuan ke produk simpanan lain pada masa hadapan.
Sementara itu, Standard Chartered sudah menyemak kadar faedah berperingkatnya untuk baki melebihi S$50,000 pertama untuk pemegang akaun MyWay.
Kadar faedah untuk S$50,000 pertama baki akaun kekal pada 0.05 peratus setahun.
Tetapi mulai 17 Mac, pelanggan akan memperoleh 0.5 peratus setahun untuk S$200,000 seterusnya dalam akaun mereka dan 1 peratus untuk S$1.25 juta seterusnya. Kadar faedah maksimum 3 peratus dikenakan untuk S$3.5 juta seterusnya.
Ini membawa kadar faedah pulangan keseluruhan maksimum bagi mereka yang mempunyai baki akaun sebanyak S$5 juta kepada 2.37 peratus setahun, naik daripada 0.26 peratus.
Bank itu juga memberikan promosi kadar faedah bonus sebanyak 0.5 peratus selama 3 bulan ke atas baki purata harian tambahan pemegang akaun jika mereka membuat deposit dana baharu sekurang-kurangnya S$200,000.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.